Antarabangsa
Lelaki berpakaian wanita didakwa ambil foto lucah di tandas perempuan
Seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita sekali lagi ditahan pihak polis selepas cuba mengambil gambar lucah wanita di sebuah tandas pusat beli-belah.
- Douglas Egan, 45, yang berpakaian menyerupai wanita diberkas pihak polis selepas mengugut seorang saksi dengan pistol.
- Egan dituduh mengambil gambar lucah seorang wanita di tandas pusat beli-belah, namun gagal.
- Ini selepas mangsa menyedari terdapat telefon bimbit dipegang dari bawah pembahagi tandas.
- Suspek diberkas di kompleks pangsapuri berdekatan dan setelah diperiksa beg galasnya, pegawai mendapati senjata yang digunakan adalah ‘pepper ball gun’.
TEXAS – Seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita sekali lagi ditahan pihak polis selepas cuba mengambil gambar lucah wanita di sebuah tandas pusat beli-belah.
Douglas Egan, 45, ditangkap pada malam Hari Natal di Hulen Mall, Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat (AS) selepas mengugut seorang saksi dengan pistol, demikian lapor Reduxx.
Kejadian bermula apabila mangsa yang menggunakan tandas pusat beli-belah menyedari terdapat telefon bimbit dipegang dari bawah pembahagi tandas.
Disebabkan cemas, wanita itu keluar dan berhadapan dengan Egan yang cuba melarikan diri.
Orang ramai yang melihat apa yang berlaku cuba menghalang Egan daripada meninggalkan premis itu.
Suspek itu kemudian bertindak agresif dengan mengacukan pistol ke arah saksi dan terus berlari.
Ancaman bersenjata itu menyebabkan pusat beli-belah ditutup awal dan kekal ditutup sepanjang hari.
Suspek diberkas di kompleks pangsapuri berdekatan dan setelah diperiksa beg galasnya, pegawai mendapati senjata yang digunakan adalah ‘pepper ball gun’.
Egan diklasifikasikan sebagai pesalah seks “berisiko tinggi” yang memberi ancaman serius kepada masyarakat dan dijangka bakal terlibat dengan kelakuan jenayah seksual pada masa akan datang.
Egan kini dalam tahanan di Pusat Pemulihan Lon Evans dan dikenakan bon $30,000 (RM132,390) bagu kedua-dua pertuduhan termasuk menyerang menggunakan senjata merbahaya.
Sumber: Reduxx