Connect with us

Antarabangsa

Lebih 12,500 kanak-kanak dijangkiti HIV di Indonesia

Kementerian Kesihatan Indonesia mendedahkan bahawa seramai 12,553 kanak-kanak di bawah usia 14 tahun dijangkiti virus kurang imun (HIV) dari 2010 hingga 2022, lapor saluran berita Voa Indonesia.

Published

on

Lebih 12,500 kanak-kanak dijangkiti HIV di Indonesia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kesihatan Indonesia mendedahkan seramai 12,553 kanak-kanak di bawah usia 14 tahun dijangkiti virus kurang imun (HIV) dari 2010 hingga 2022.
  • “Daripada 12,553 kes, hanya sekitar 7,800 kanak-kanak telah menerima rawatan. Bilangan pesakit lelaki lebih banyak berbanding perempuan,” – Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit.
  • Kadar jangkitan HIV di Indonesia adalah sekitar 0.26 peratus dengan risiko tertinggi di wilayah Papua dan Papua Barat yang mencapai 1.8 peratus.

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia mendedahkan bahawa seramai 12,553 kanak-kanak di bawah usia 14 tahun dijangkiti virus kurang imun (HIV) dari 2010 hingga 2022, lapor saluran berita Voa Indonesia.

Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit, Imran Pambudi berkata, tidak semua kanak-kanak itu mendapat rawatan.

“Jika dilihat secara keseluruhan, terdapat kira-kira 12,553 kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah yang disahkan status HIV antara 2010 hingga September 2022.

“Daripada 12,553 kes, hanya sekitar 7,800 kanak-kanak telah menerima rawatan. Bilangan pesakit lelaki lebih banyak berbanding perempuan,” kata Imran ketika acara Hari AIDS Sedunia kelmarin.

Menurut Imran, kadar jangkitan HIV di Indonesia adalah sekitar 0.26 peratus dengan risiko tertinggi di wilayah Papua dan Papua Barat yang mencapai 1.8 peratus.

Namun begitu, Kementerian Kesihatan mendakwa dalam tempoh 2010 hingga 2020, terdapat kemajuan dalam pencegahan HIV-AIDS di Indonesia.

Menurut Imran, penurunan kes berlaku hasil daripada kawalan pantas pemerintah yang memberi tumpuan kepada pencegahan dan pengembangan berskala besar dengan terapi antiretroviral.

“Namun, jika dibandingkan dengan sasaran, usaha lebih gigih diperlukan untuk mencapai sasaran, terutama selepas berlakunya pandemik Covid-19 yang mengurangkan liputan program kesihatan,” kata Imran.

Kementerian Kesihatan Indonesia sebelum ini menetapkan matlamat untuk menamatkan penularan HIV menjelang 2030. – Agensi

Sumber : Kosmo

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author