Connect with us

Antarabangsa

Larangan perkahwinan sejenis menepati perlembagaan – Mahkamah Jepun

Mahkamah Jepun pada Rabu lalu telah memutuskan bahawa undang-undang yang melarang perkahwinan sejenis adalah bertepatan dengan perlembagaan negara mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Larangan perkahwinan sejenis menepati perlembagaan - Mahkamah Jepun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Keputusan kehakiman itu batalkan tuntutan dibuat satu pasangan sama jantina yang mendakwa undang-undang tersebut menyalahi kebebasan berkahwin dijamin perlembagaan.
  • Sebelum ini di Mahkamah Daerah Tokyo, lapan orang plaintif termasuk satu pasangan sama jantina tuntut ganti rugi sebanyak $7,200 (RM 31,737.60) bagi setiap individu kerana permohonan perkahwinan mereka ditolak menurut undang-undang sivil negara itu.
  • Keputusan ini merupakan kali ketiga bagi isu sama difailkan sebelum ini di mahkamah-mahkamah daerah lain di Jepun.

 

JEPUN, 01 Disember 2022 – Mahkamah Jepun pada Rabu lalu telah memutuskan bahawa undang-undang yang melarang perkahwinan sejenis adalah bertepatan dengan perlembagaan negara mereka.

Keputusan kehakiman tersebut telah membatalkan tuntutan yang dibuat oleh satu pasangan yang sama jantina yang mana mereka mendakwa bahawa undang-undang tersebut telah menyalahi kebebasan untuk berkahwin yang telah dijamin di dalam perlembagaan.

Sebelum ini di Mahkamah Daerah Tokyo, lapan orang plaintif termasuk satu pasangan sama jantina telah menuntut ganti rugi sebanyak $7,200 bagi setiap individu kerana permohonan perkahwinan mereka telah ditolak menurut undang-undang sivil negara itu.

Keputusan ini merupakan kali ketiga bagi isu yang sama yang difailkan sebelum ini di mahkamah-mahkamah daerah lain di Jepun.

Walaupun Mahkamah Daerah Sapporo pada Mac 2021 bahawa kegagalan kerajaan untuk mengesahkan perkahwinan adalah tidak berperlembagaan, namun Mahkamah Daerah Osaka pula telah membuat keputusan pada Jun lalu bahawa larangan perkahwinan sama jantina sama sekali tidak melanggar perlembagaan.

Lapan orang plaintif yang berusia di antara 30 ke 60 tahun itu adalah di antara individu yang sama yang telah memfailkan kes di Sapporo, Tokyo, Osaka, Nagoya dan Fukuoka pada tahun 2019.

 

Sumber : Samudera.my

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending