Connect with us

Antarabangsa

Kumpulan bersenjata serang masjid, belasan jemaah termasuk imam maut

Sekumpulan lelaki bersenjata di Nigeria membunuh belasan jemaah, termasuk seorang imam, serta menculik sebahagian lagi mereka dari sebuah masjid, semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan bersenjata serang masjid, belasan jemaah termasuk imam maut
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan lelaki bersenjata Nigeria membunuh belasan jemaah, termasuk seorang imam, serta menculik sebahagian lagi mereka dari sebuah masjid, semalam.
  • Penyerang tiba di Masjid Maigamji menunggang motosikal sebelum lepaskan tembakan secara rambang, menyebabkan jemaah bertempiaran diri menyelamatkan diri. – Penduduk Funtua di negeri Katsina
  • “Kira-kira 12 jemaah sedang menunaikan solat termasuk ketua imam, maut selepas terperangkap dalam serangan waktu malam itu.”
  • Kumpulan bersenjata atau penyamun, dari semasa ke semasa dilaporkan menyerang masyarakat dan membunuh atau menculik mereka untuk dapatkan wang tebusan.
  • Kumpulan terbabit juga memaksa penduduk kampung untuk membayar wang perlindungan sebelum dibenarkan bertani dan menuai hasil tanaman mereka.

MAIDUGURI: Sekumpulan lelaki bersenjata di Nigeria membunuh belasan jemaah, termasuk seorang imam, serta menculik sebahagian lagi mereka dari sebuah masjid, semalam.

Seorang penduduk Funtua di negeri Katsina, Lawal Haruna, berkata penyerang terbabit tiba di Masjid Maigamji dengan menunggang motosikal sebelum melepaskan tembakan secara rambang, menyebabkan jemaah bertempiaran diri menyelamatkan diri.

Beliau berkata, kira-kira 12 jemaah yang sedang menunaikan solat termasuk ketua imam, maut selepas terperangkap dalam serangan waktu malam itu.

Seorang lagi penduduk Funtua, Abdullahi Mohammed, berkata penyerang berkenaan kemudian mengumpulkan ramai orang dan membawa mereka ke dalam kawasan semak.

“Saya berdoa agar penyamun membebaskan orang tidak bersalah yang mereka culik itu,” katanya.

Jurucakap Polis Katsina, Gambo Isah ketika mengesahkan insiden itu memaklumkan, pengawal yang disokong kerajaan dengan bantuan sejumlah penduduk kemudian berjaya menyelamatkan beberapa jemaah terbabit.

Kumpulan bersenjata yang lazim dikenali sebagai penyamun, dari semasa ke semasa dilaporkan menyerang masyarakat dan membunuh atau menculik mereka untuk mendapatkan wang tebusan.

Malah, kumpulan terbabit juga memaksa penduduk kampung untuk membayar wang perlindungan sebelum dibenarkan bertani dan menuai hasil tanaman mereka. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending