Connect with us

Terkini

Kerajaan digesa cermat tangani isu tanah 999 tahun, UEC, PASTI, SRITI

Kerajaan campuran hari ini digesa bertindak dengan cermat bagi menyelesaikan isu berbaur perkauman yang dibangkitkan.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan digesa cermat tangani isu tanah 999 tahun, UEC, PASTI, SRITI
Foto: Razman Zakaria.
  • Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menggesa kerajaan campuran hari ini untuk menangani isu berbaur perkauman dengan cermat.
  • Antaranya, isu pajakan tanah 999 tahun kepada kampung-kampung baru yang dibangkitkan DAP Perak.
  • Selain itu, desakan Dong Zong mengenai tuntutan pengiktirafan Sijil UEC, sekolah PASTI dan SRITI.
  • “Saya mencadangkan agar sebarang tuntutan dan ucapan yang berbentuk perkauman, kerajaan perlu tangani dengan cermat supaya tidak mengguris mana-mana kaum,” kata Razman.

KUALA LUMPUR – Kerajaan campuran hari ini digesa bertindak dengan cermat bagi menyelesaikan isu berbaur perkauman yang dibangkitkan.

Antaranya, isu pajakan tanah 999 tahun kepada kampung-kampung baru yang dibangkitkan DAP Perak.

Selain itu, desakan Persatuan Pengarah Sekolah Cina di Malaysia (Dong Zong) mengenai tuntutan pengiktirafan Sijil Unified Examination Independent Chinese Secondary (UEC).

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata Perak antara negeri yang banyak mengeluarkan pelajar lulusan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Cina Bebas itu.

“Ini kerana pengiktirafan Sijil UEC tidak adil kepada mereka yang sedang dan telah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan yang sedia ada. 

“Pelaksanaan sistem ini dibimbangi akan mewujudkan dwi-standard dalam sistem pendidikan negara dan boleh menghakis identiti kebangsaan di Malaysia. 

“Pengiktirafan UEC juga tidak selaras dengan dengan Akta Pendidikan 1996, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Kebangsaan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Dakwaan terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) juga antara intipati yang diketengahkan Razman.

Menyangkal tuduhan itu, ujarnya, tidak wujud isu penerapan nilai ekstremisme dalam kalangan murid-murid PASTI dan SRITI.

“Disebabkan Perak adalah pencetus kepada politik baharu, saya mencadangkan supaya sebarang tuntutan, tindakan dan ucapan yang berbentuk perkauman atau menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, kerajaan perlu tangani dengan cermat supaya tidak mengguris mana-mana kaum,” katanya. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Haji Razman Zakaria

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending