Connect with us

Antarabangsa

Kerajaan Afghanistan diterajui Taliban benarkan remaja perempuan ambil peperiksaan sekolah

Remaja perempuan Afghanistan bakal dibenarkan mengambil peperiksaan tamat pengajian sekolah menengah minggu ini, kata pegawai kerajaan dan dokumen dikeluarkan kerajaan Taliban kelmarin.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan Afghanistan diterajui Taliban benarkan remaja perempuan ambil peperiksaan sekolah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Keputusan dibuat walaupun kerajaan Afghanistan diterajui Taliban sebelum ini tidak membenarkan remaja perempuan ke sekolah sejak bekas kumpulan itu ambil alih pemerintahan negara itu tahun lalu.
  • Dua dokumen dikeluarkan Kementerian Pendidikan Taliban diperoleh The Associated Press, mengatakan keputusan itu terpakai kepada 31 daripada 34 wilayah di Afghanistan.
  • Salah satu dokumen dari Jabatan Pendidikan Kabul maklumkan peperiksaan berlangsung jam 10 pagi hingga 1 tengah hari dan diadakan di 31 wilayah Afghanistan. Peperiksaan itu berlangsung semalam.
  • Kesemua pelajar dan guru wanita dikehendaki memakai tudung di bawah kod pakaian kerajaan Afghanistan dan telefon bimbit diharamkan ketika peperiksaan.

ISLAMABAD: Remaja perempuan Afghanistan bakal dibenarkan mengambil peperiksaan tamat pengajian sekolah menengah minggu ini, kata pegawai kerajaan dan dokumen dikeluarkan kerajaan Taliban kelmarin.

Keputusan itu dibuat walaupun mereka sebelum ini tidak dibenarkan bersekolah sejak bekas kumpulan pemberontak berkenaan mengambil alih pemerintahan negara tahun lalu.

Menurut dokumen yang dikeluarkan itu, remaja perempuan Afghanistan dibenarkan mengambil peperiksaan berkenaan minggu ini.

Berdasarkan dua dokumen dikeluarkan Kementerian Pendidikan Taliban yang diperoleh The Associated Press, keputusan itu terpakai kepada 31 daripada 34 wilayah di Afghanistan yang mana cuti sekolah musim sejuk bermula akhir bulan ini.

Ketua Jabatan Pendidikan Kabul, Ehsanullah Kitab berkata peperiksaan akan berlangsung Rabu (semalam).

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lain dan tidak dapat mengesahkan jumlah remaja perempuan yang akan dibenarkan menduduki peperiksaan itu.

Salah satu dokumen dari Jabatan Pendidikan Kabul memaklumkan peperiksaan akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari dan diadakan di 31 wilayah Afghanistan.

Tiga wilayah yang dikecualikan – Kandahar, Helmand dan Nimroz – mempunyai jadual waktu yang berbeza untuk tahun persekolahan dan peperiksaan tamat pengajian sekolah menengah biasanya berlangsung di sana kemudian.

“Ini tidak masuk akal. Kami menghabiskan sepanjang tahun di bawah ketegangan dan tekanan, malah tidak membaca walau satu halaman buku teks.

“Bagaimana kami mampu mengambil peperiksaan selepas setahun setengah Taliban menutup pintu sekolah,” kata pelajar wanita berusia 18 tahun dari Kabul, Najela.

Beliau kini berada di gred 12 dan layak untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Kesemua pelajar dan guru wanita mereka perlu memakai tudung di bawah kod pakaian Taliban dan telefon bimbit diharamkan ketika peperiksaan.

Kanak-kanak perempuan yang tidak dapat hadir atau gagal dalam peperiksaan pada Rabu depan akan dibenarkan mengambil semula ujian pada pertengahan Mac, selepas cuti musim sejuk.

Layanan Taliban terhadap wanita dan gadis di Afghanistan telah mencetuskan kritikan yang hebat.

Awal bulan ini, sepasukan pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ia mungkin jenayah terhadap kemanusiaan dan harus disiasat serta didakwa di bawah undang-undang antarabangsa, namun dakwaan itu ditolak Taliban. – AP

Sumber: Berita Harian

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending