Connect with us

Antarabangsa

Kanun jenayah haram seks luar nikah di Indonesia tidak terpakai buat pelancong asing

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Edward Omar Sharif Hiariej menegaskan pelancong asing tidak terlibat dalam kanun jenayah baharu yang mengharamkan hubungan seks luar nikah di negara ini. 

Wartawan TMT

Published

on

Kanun jenayah haram seks luar nikah di Indonesia tidak terpakai buat pelancong asing
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut Timbalan Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Edward Omar Sharif Hiariej, pelancong asing yang mengunjungi Indonesia tidak didakwa di bawah undang-undang baharu itu.
  • Katanya, kod undang-undang menetapkan hubungan seks luar nikah dan bersekedudukan bersama pasangan belum berkahwin sebagai jenayah.  
  • Polis hanya melakukan siasatan atau penahanan sekiranya terdapat laporan daripada keluarga seperti pasangan suami atau isteri dan anak mereka yang terlibat.
  • Individu yang didapati melakukan hubungan seks luar nikah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau didenda 10 juta rupiah (RM2,830).

JAKARTA: Timbalan Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Edward Omar Sharif Hiariej menegaskan pelancong asing tidak terlibat dalam kanun jenayah baharu yang mengharamkan hubungan seks luar nikah di negara ini. 

Menurut Edward Omar, pelancong asing yang mengunjungi Indonesia berkemungkinan tidak akan didakwa di bawah undang-undang baharu itu yang akan berkuat kuasa dalam masa tiga tahun. 

Katanya, kod undang-undang itu menetapkan hubungan seks luar nikah dan bersekedudukan bersama pasangan belum berkahwin sebagai jenayah.  

Namun, jelasnya, polis hanya akan melakukan siasatan atau penahanan sekiranya terdapat laporan daripada keluarga seperti ibu bapa, pasangan suami atau isteri dan anak mereka yang terlibat.

Oleh itu, katanya, ia amat mustahil bagi para pelancong asing untuk didakwa di bawah kanun jenayah baharu itu.

Di bawah undang-undang baharu itu, mana-mana individu yang didapati melakukan hubungan seks luar nikah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau didenda 10 juta rupiah (RM2,830).

Individu yang didapati bersekedudukan dengan pasangan yang belum berkahwin pula boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan atau didenda 10 juta rupiah (RM2,830).  

Sementara itu, Edward Omar berkata, terdapat banyak kebimbangan berhubung kod undang-undang tersebut kerana ramai tidak memahami kanun jenayah mengenai hubungan seks luar nikah dan bersekedudukan bersama pasangan belum berkahwin.

“Justeru, saya mengulangi sekali lagi, pelancong asing boleh datang ke sini kerana anda tidak akan terjejas dengan kanun jenayah baharu ini.  

“Ia adalah aduan yang hanya boleh dilakukan oleh ibu bapa atau kanak-kanak (atau pesalah disyaki) melainkan ibu bapa atau anak mereka berada di luar negara mahu membuat laporan,” katanya.

Tambah Edward Omar, undang-undang baharu itu bertujuan menggantikan kanun jenayah sedia ada yang digubal oleh kerajaan Belanda sebelum kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945. 

Sumber : Utusan Malaysia

 

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending