Connect with us

Antarabangsa

Kajian dedah wujudnya gerakan Islamofobia terancang di Kanada

Kajian selama empat tahun mendedahkan wujudnya gerakan Islamofobia terancang dan impak negatifnya terhadap Kanada.

Wartawan TMT

Published

on

Kajian dedah wujudnya gerakan Islamofobia terancang di Kanada
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kajian setebal 240 muka surat dan selama empat tahun mendedahkan wujudnya gerakan Islamofobia terancang dan impak negatifnya terhadap Kanada.
  • Kajian itu menjelaskan individu dan kumpulan – dari seluruh dunia terutamanya di AS – yang bekerjasama untuk mencipta konflik.
  • Namun, Islamofobia adalah satu bentuk diskriminasi dan perkauman yang beroperasi tanpa hukuman walaupun akibatnya boleh membawa maut.
  • “Mereka terdiri daripada rangkaian yang menyokong dan terlibat dalam aktiviti yang memburukkan Islam serta umat Islam di Kanada,” kata Jasmine Zine.
  • Keganasan nasionalis kulit putih di Kanada secara khusus menyasarkan umat Islam Kanada, contohnya, pembunuhan umat Islam di masjid Quebec dan Ontario.

KANADA – Kajian selama empat tahun mendedahkan wujudnya gerakan Islamofobia terancang dan impak negatifnya terhadap Kanada.

Laporan setebal 240 muka surat itu bertajuk Industri Islamofobia Kanada: Memetakan ekosistem Islamofobia di Great White North.

Kajian itu menjelaskan individu dan kumpulan – dari seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat (AS) – yang bekerjasama untuk mencipta konflik, menyebarkan maklumat palsu dan mempromosikan teori konspirasi.

“Fenomena ini unik kepada Islamofobia di mana bentuk perkauman dan penindasan lain tidak mempunyai rangkaian di sebalik penyebarannya,” kata pengarang laporan itu, Jasmin Zine dipetik portal Islam Channel TV.

Bagaimanapun, Islamofobia merupakan satu bentuk diskriminasi, prasangka dan perkauman beroperasi tanpa hukuman walaupun kesannya ke atas mangsa-mangsa di Kanada dan seluruh dunia.

Laporan itu berkata industri Islamofobia terdiri daripada saluran media; tokoh politik; kumpulan berhaluan kanan, kumpulan nasionalis kulit putih; pempengaruh Islamofobia dan entiti pro-Israel.

Ia juga mendedahkan kumpulan berhaluan kanan; penentang Islam dan bekas Muslim, badan pemikir, pakar keselamatan dan penderma membiayai kempen Islamofobia itu.

“Individu, kumpulan dan institusi ini terdiri daripada rangkaian yang menyokong dan terlibat dalam aktiviti yang memburukkan Islam serta umat Islam di Kanada,” kata Zine.

Keganasan nasionalis kulit putih di Kanada secara khusus menyasarkan umat Islam Kanada, contohnya, pembunuhan umat Islam di masjid Quebec pada 2017 dan di Ontario pada 2021.

Sumber: Islam Channel TV

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending