Connect with us

Antarabangsa

Indonesia larang seks luar nikah, tapi negara Barat pula ‘panas’

PARLIMEN Indonesia pada ming­gu lalu meluluskan rang undang-undang melarang hubu­ngan seks luar nikah dan aktiviti bersekedudukan yang kini menjadi kesalahan jenayah.

Wartawan TMT

Published

on

Indonesia larang seks luar nikah, tapi negara Barat pula ‘panas’
Foto: Dr. Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara.
  • Parlimen Indonesia ming­gu lalu luluskan rang undang-undang melarang hubu­ngan seks luar nikah dan aktiviti bersekedudukan yang kini menjadi kesalahan jenayah.
  • “Media Barat ceritakan hak asasi manusia akan dicabuli, tapi mereka tidak mengupas batasan dalam undang-undang tersebut. – Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Dr. Azmi Hassan
  • “Pada pandangan saya ia tidak akan menjejaskan industri pelancongan dan tidak menzalimi seseorang individu.”

 

PARLIMEN Indonesia pada ming­gu lalu meluluskan rang undang-undang melarang hubu­ngan seks luar nikah dan aktiviti bersekedudukan yang kini menjadi kesalahan jenayah.

Pelaksanaan undang-undang baharu itu turut disusuli de­ngan pindaan besar-besaran lain pada kanun jenayah termasuk mengembalikan larangan menghina presiden, institusi negara atau ideologi Indonesia dikenali sebagai Pancasila.

Ketepikan seketika pindaan undang-undang berkaitan politik kerana isu yang menjadi ‘panas’ dan mendapat perhatian meluas termasuk masyarakat antarabangsa adalah seks luar nikah.

Aneh bunyinya apabila undang-undang dalaman sesebuah negara ditentang negara lain sehingga mendapat liputan meluas dalam media asing yang memainkan isu itu sambil melaungkan mengenai ‘hak asasi manusia’.

Muncul aktivis hak asasi manusia yang melakukan protes dengan mendakwa undang-undang itu menyekat kebebasan individu serta menjejaskan industri pelancongan Indonesia.

Umum tahu Indonesia mempunyai pulau peranginan terke­nal, Pulau Bali. Disebabkan undang-undang itu turut diguna pakai bagi warga asing berada di Indonesia, maka media asing mula mengeluarkan berita buruk mengenai tindakan Jakarta yang didakwa tidak masuk akal.

Jurucakap Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Albert Aries bagaimanapun mempertahankan kerana ia melindungi institusi perkahwinan selain perbuatan itu hanya akan didakwa jika dilaporkan pasangan, ibu bapa atau anak-anak warga Indonesia.

Jadi kebarangkalian warga a­sing didakwa amat rendah me­lainkan mereka menjalin hubu­ngan dengan rakyat Indonesia.

Menurut Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Dr. Azmi Hassan, isu sektor pelancongan Indonesia terjejas tidak sepatutnya timbul kerana undang-undang itu termaktub untuk rakyat negara tersebut.

“Satu perkara yang tidak di­sebut media Barat adalah perbuatan bersekedudukan tersebut termaktub untuk rakyat Indonesia dan ia menjadi hala­ngan untuk dikuatkuasakan ke atas warga asing.

“Pelancong asing tidak akan terjejas dengan undang-undang ini kerana tiada aduan dibuat daripada ahli keluarga mereka, pasangan atau anak-anak sekaligus membataskan undang-undang tersebut,” katanya.

Azmi menegaskan, tindakan media Barat mengolah isu itu di­lihat satu cubaan memburukkan imej Indonesia sebagai sebuah negara dengan penduduk Islam terbanyak di dunia.

“Media Barat menceritakan hak asasi manusia akan dicabuli, tetapi mereka tidak mengupas batasan dalam undang-undang tersebut. Ini jelas terdapat cubaan untuk memburukkan Indonesia sebagai negara yang mempunyai penduduk Islam teramai.

“Pada pandangan saya ia tidak akan menjejaskan industri pelancongan dan tidak menzalimi seseorang individu,” katanya.

Ini jelas menunjukkan sebelum undang-undang itu dikuatkuasakan, terdapat pelbagai perkara dinilai dan dikaji serta disesuaikan mengikut keadaan sesebuah negara.

Pendek kata, undang-undang negara orang, mengapa kita mahu masuk campur? Bak kata orang, undang-undang negara dia, kita yang ‘panas’.

Setiap negara ada cara yang tersendiri untuk mengawal tingkah laku masyarakatnya. Sebagai orang asing, sekiranya kita melancong ke negara tersebut, buatlah seperti kata orang tua-tua Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

 

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending