Connect with us

Antarabangsa

Halang bina masjid, penduduk Daehyeon-dong protes guna kepala babi

Penentangan pembinaan masjid di kawasan kejiranan Daehyeon-dong, Daegu, Korea Selatan dilihat seakan tiada kesudahan apabila penduduk setempat sekali lagi melakukan protes menggunakan babi.

Wartawan TMT

Published

on

Halang bina masjid, penduduk Daehyeon-dong protes guna kepala babi
Foto: Kepala babi dan sepanduk ucapan kebencian di kawasan pembinaan masjid di kejiranan Daehyeon-dong, Daegu, Korea Selatan.
  • Penduduk Daehyeon-dong mengadakan barbeku babi sempena pesta akhir tahun.
  • Sejak pembinaan masjid, penduduk  melakukan protes secara berterusan sehingga menggantung sepanduk ucapan kebencian dan Islamofobia seperti “Umat Islam yang bunuh orang dengan kejam dan penggal kepala mereka, keluar dari kawasan ini pengganas!! Sekarang juga!” dan “Islam adalah agama yang jahat yang membunuh manusia.”
  • Perkara berlarutan sehingga menjadi kes mahkamah.

DAEGU, 19 Disember 2022 – Penentangan pembinaan masjid di kawasan kejiranan Daehyeon-dong, Daegu, Korea Selatan dilihat seakan tiada kesudahan apabila penduduk setempat sekali lagi melakukan protes menggunakan babi.

Penduduk Daehyeon-dong dilaporkan mengadakan barbeku babi sempena pesta akhir tahun, dua bulan selepas kejadian pembuangan kepala babi di tapak pembinaan masjid tersebut.

Dianggap sengaja melakukan protes, penduduk Daehyeon-dong menafikan perkara tersebut.

Untuk mengelakkan konflik fizikal, Balai Polis Daerah Daegu Utara telah mengerahkan kakitangan daripada pasukan kecemasan supaya bersiap sedia berhampiran tapak pembinaan masjid itu.

Pembinaan masjid baharu itu bermula pada tahun 2020 setelah mendapat kebenaran daripada Pejabat Daerah Buk setelah dimohon oleh sekumpulan pelajar Islam Universiti Kebangsaan Kyungpook.

Pelajar Islam memutuskan untuk membina masjid dua tingkat selepas merobohkan sebuah rumah kecil yang mereka gunakan sebagai tempat ibadah sejak 2014.

Sejak pembinaan masjid tersebut, penduduk melakukan protes secara berterusan sehinggakan ada yang menggantung sepanduk ucapan kebencian dan Islamofobia seperti “Umat Islam yang bunuh orang dengan kejam dan penggal kepala mereka, keluar dari kawasan ini pengganas!! Sekarang juga!” dan “Islam adalah agama yang jahat yang membunuh manusia.”

Perkara ini berlarutan sehingga menjadi kes mahkamah.

Walaupun mahkamah memihak kepada orang Islam, penduduk setempat bercadang untuk membawa kes berkenaan ke Mahkamah Agung.

Sumber : Samudera

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending