Connect with us

Antarabangsa

Grup Whatsapp pelajar haluan kanan Hindu bincang bunuh umat Islam, kahwini wanita Muslim untuk dimurtadkan

Sebuah grup Whatsapp sayap pelajar parti berhaluan kanan Hindu  Parti Bharatiya Janata (BJP) didakwa mengadakan perbincangan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam di negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Grup Whatsapp pelajar haluan kanan Hindu bincang bunuh umat Islam, kahwini wanita Muslim untuk dimurtadkan
Foto: Aktivis ABVP membuat kekecohan di kampus Shasakiya Navin Vidhi Mahavidyalay.
  • Ruang sembang yang bocor itu dikatakan daripada kumpulan WhatsApp ABVP dari Delhi Technological University (DTU) dinamakan “ABVP DTU Freshers”.
  • Tangkap layar perbualan itu menunjukkan beberapa ahli kumpulan bincang pembunuhan beramai-ramai umat Islam dan memurtadkan penganut agama itu secara besar-besaran.
  • Ada ahli cadangkan wanita Islam dibeli atau diculik melalui “Bhagwa love jihad”.
  • Ahli juga yang berpendapat Hindu Mahasabha atau kumpulan Hindutva sayap kanan yang lain harus memulakan kursus tentang “hebatnya berkahwin dengan gadis Islam dan menukar mereka kepada Hindu”.

NEW DELHI – Sebuah grup Whatsapp sayap pelajar parti berhaluan kanan Hindu  Parti Bharatiya Janata (BJP) didakwa mengadakan perbincangan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam di negara itu.

Ruang sembang yang bocor itu dikatakan membabitkan kumpulan WhatsApp Akhil Bharatiya Vidyarthi Parishad (ABVP) dari Delhi Technological University (DTU) yang dinamakan sebagai “ABVP DTU Freshers”.

Vartha Bharati melaporkan tangkap layar perbualan grup Whatsapp itu menunjukkan beberapa ahli kumpulan itu membincangkan mengenai pembunuhan beramai-ramai umat Islam dan memurtadkan penganut agama itu secara besar-besaran.

Salah seorang ahli grup itu mencadangkan membuat letupan bom atau kemalangan lain di kawasan yang majoritinya dihuni komuniti Muslim untuk menghapuskan orang Islam.

Manakala seorang lagi mencadangkan wanita Islam dibeli atau diculik melalui “Bhagwa love jihad”.

Ahli lain pula mengatakan pembunuhan beramai-ramai atau pensterilan besar-besaran orang Islam harus dirancang dan dilakukan untuk membalas perbuatan masyarakat Islam. 

Dia juga berpendapat Hindu Mahasabha atau kumpulan Hindutva sayap kanan yang lain harus memulakan kursus tentang “hebatnya berkahwin dengan gadis Islam dan menukar mereka kepada Hindu”.

Sumber : Vartha Bharati

 

 

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending