Connect with us

PRU-15

Gelombang penyatuan Melayu beri kelebihan calon PN – Shahidan

Gelombang penyatuan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada Pakatan Harapan (PH). 

Wartawan TMT

Published

on

Gelombang penyatuan Melayu beri kelebihan calon PN - Shahidan
Foto: Datuk Seri Shahidan Kassim.
  • Gelombang penyatuan orang Melayu pada PRU15 akan memberi kelebihan kepada PN untuk merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada PH.
  • Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata orang Melayu sedar dengan tindakan pimpinan UMNO yang menggunakan parti untuk kepentingan diri. 
  • “Mereka boleh melakukan apa saja yang mereka mahu, tetapi gelombang perubahan orang Melayu dan Islam tidak dapat dihalang,” katanya.
  • Shahidan berkata sokongan terhadap PN kini meningkat selepas ahli UMNO kecewa dengan tindakan pimpinan yang menolak dasar ‘No Anwar dan No DAP’. 

PADANG SERAI: Gelombang penyatuan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada Pakatan Harapan (PH). 

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata beliau yakin gelombang itu kini tidak dapat dibendung lagi berikutan orang Melayu sedar dengan tindakan pucuk pimpinan UMNO yang menggunakan parti untuk kepentingan diri. 

“Mereka boleh melakukan apa saja yang mereka mahu, tetapi gelombang perubahan orang Melayu dan Islam tidak dapat dihalang.

“Apa saja yang dibina di luar penyatuan Melayu tidak akan dapat bertahan, justeru kita perlu kembali kepada sokongan Bumiputera Melayu,” katanya ketika ditemui ketika mengiringi calon PN, Datuk Azman Nasrudin berkempen di pasar malam di Sungai Karangan di sini malam tadi.

Shahidan berkata, sokongan terhadap PN kini dilihat terus meningkat selepas ahli akar umbi UMNO kecewa dengan tindakan pimpinan yang kini menolak dasar ‘No Anwar dan No DAP’. 

Katanya, ramai pemimpin UMNO termasuk beliau sendiri dihukum dan pernah diejek di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kerana mereka menentang arus dengan mempromosikan perpaduan Melayu.

“‘No Anwar’ ‘No DAP’ sudah diluluskan dalam PAU dan kemudiannya disahkan Majlis Tertinggi parti. Ia tidak pernah disebut ‘Yes Anwar’ dan ‘Yes DAP’. Ini yang mengecewakan ahli akar umbi UMNO dan orang Melayu yang menyokong UMNO. 

Advertisement

“Itulah sebabnya (pada PRU15) di Perlis dan seluruh negara, orang Melayu menolak UMNO dan BN yang membawa kepada PN memenangi banyak kerusi dengan undi majoriti,” katanya. 

Diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa dasar ‘No Anwar dan No DAP’ hanyalah untuk menghadapi PRU15 serta bukannya selepas pilihan raya, Shahidan berkata, pemimpin itu sudah mengkhianati ahli parti dan rakyat yang mengundi BN. 

“Ia satu tindakan pengkhianatan. Orang Melayu mahu parti yang boleh menyatukan mereka, tetapi UMNO mahu pergi solo (pada PRU15), tetapi kita (PN) sebaliknya membuka jalan kepada perpaduan ummah. 

“Jika orang Melayu bersatu, maka masyarakat Cina dan India akan menyokong, tetapi sekarang mereka tidak tahu ke arah mana orang Melayu sedang tuju,” katanya. 

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, beliau akan bercakap panjang lebar mengenai pengkhianatan UMNO dan sokongan orang Melayu pada persidangan Parlimen hujung bulan ini. 

“Saya tidak mahu sebut nama sekarang, saya akan bercakap panjang dalam sidang Parlimen. 

Advertisement

“Saya akan mendedahkan kebenaran mengenai mereka yang menggunakan parti untuk kepentingan peribadi adalah tidak wajar kerana ‘No Anwar’ dan ‘No DAP’ adalah perjuangan asas UMNO yang disokong orang Melayu,” katanya. 

Selain Azman, Parlimen Padang Serai yang menyaksikan pertembungan enam penjuru turut membabitkan calon BN, Datuk C Sivaraj, Dr Mohamad Sofee Razak (PH), Hamzah Abd Rahman (PEJUANG), Mohd Bakri Hashim (WARISAN) dan Sreanandha Rao (Bebas). 

PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan selepas calon PH yang juga penyandang, M Karupaiya meninggal dunia pada 16 November lalu, dua hari selepas dimasukkan ke Hospital Kulim akibat serangan jantung. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memutuskan penangguhan PRU15 di kerusi terbabit kemudian menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh pengundian.

Sumber: Berita Harian

 

Advertisement

PRU-15

Kemenangan di Padang Serai signal PN jadi pembangkang kuat di Parlimen?

Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Padang Serai semalam merupakan signal jelas bahawa parti itu akan menjadi pembangkang kuat di Parlimen nanti. 

Rasyidah Zulkifli

Published

on

Kemenangan di Padang Serai signal PN jadi pembangkang kuat di Parlimen?
Foto: Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain (atas), Dr Mohammad Tawfik Yaakub (bawah).
  • Kemenangan PN di Padang Serai merupakan signal parti itu akan menjadi pembangkang yang kuat di dalam Parlimen dengan sokongan pengundi, khususnya pengundi Melayu.
  • Penganalisis politik dari UPM, Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain menyifatkan penyokong PN tidak dapat menerima pembentukan kerajaan PH-BN.
  • “Semakin bertambah kerusi PN, maka bertambah kuatlah suara pembangkang itu,” kata Mohd Izani.
  • Semalam, calon PN, Datuk Azman Nasrudin memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dengan memperoleh 51,637 undi menewaskan calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak (35,377 undi) dan calon BN, Datuk C Sivaraajh yang hilang deposit selepas hanya meraih 2,983 undi.
  • Penganalisis Politik UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakub pula menyifatkan kejayaan BN di DUN Tioman dengan majoriti tipis, bukanlah kejayaan yang jelas.
  • Kerusi DUN Tioman dimenangi calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain dengan majoriti tipis 573 undi.

KUALA LUMPUR – Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Padang Serai semalam merupakan signal jelas bahawa parti itu akan menjadi pembangkang kuat di Parlimen nanti. 

Kemenangan di Padang Serai menjadikan keseluruhan 74 kerusi Parlimen dikuasai PN selepas berjaya menembusi kubu kuat PH di Padang Serai dengan lebih 16,000 majoriti undi selain menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) hilang deposit.

Kedudukan terkini kerusi di Parlimen itu menjadi PN menambah keupayaannya untuk memainkan peranan semak dan imbang ke atas pentadbiran kerajaan campuran diterajui PH-BN.

Penganalisis politik dari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata rakyat, khususnya penyokong PN, jelas tidak dapat menerima pembentukan kerajaan PH-BN. 

Katanya, perkara itu diterjemahkan dengan majoriti undi besar diraih calon PN yang memenangi kerusi Parliman Padang Serai.

“Bagi saya PN menang sebab rakyat Padang Serai mahu memperkukuhkan lagi pembangkang kerana semakin bertambah kerusi PN, maka bertambah kuatlah suara pembangkang itu. 

“Selain itu, mereka juga melihat kerajaan perpaduan ini sebagai kerajaan yang minoriti Melayu yang melibatkan parti UMNO sahaja. 

Advertisement

“Ini mungkin satu terjemahan pengundi untuk terus memberikan sokongan kepada PN kerana PN dilihat sebagai pilihan terbaik pengundi Melayu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Mohd Izani berkata meskipun tidak dapat membentuk kerajaan persekutuan buat masa ini, keyakinan pengundi Melayu terhadap PN tidak pernah surut. 

Semalam, calon PN, Datuk Azman Nasrudin memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dengan memperoleh 51,637 undi. 

Dengan majoriti 16,620 undi, Azman jauh meninggalkan calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak yang mendapat 35,377 undi serta calon BN, Datuk C Sivaraajh yang hilang deposit selepas hanya meraih 2,983 undi.

Sejak 2008 Padang Serai menjadi kubu kuat PH, namun setelah 14 tahun memerintah, akhirnya ia jatuh ke tangan parti dengan sokongan majoriti pengundi Melayu.

Sementara itu, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam turut menyaksikan DUN Tioman dimenangi calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain dengan majoriti tipis 573 undi.

Advertisement

Realiti ini menyaksikan pengurangan sokongan pengundi kepada BN berbanding calon PN.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub bagaimanapun berkata kemenangan BN di Tioman, bukan satu kejayaan yang jelas.

“Dengan kekuatan PH-BN kemudian membentuk kerajaan persekutuan bukanlah kemenangan yang boleh dibanggakan oleh parti campuran itu.  

“Kerana kita lihat dengan kekuatan yang sedia ada, hanya sekadar mampu memperoleh majoriti sedemikian, memalukan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai pelantikan kabinet kleptokrat, Mohammad Tawfik masih berpegang pada pendirian sama.

“Saya masih konsisten dengan pendirian saya sebelum pembubaran Parlimen di mana bagi saya kita tidak boleh untuk melantik mereka yang dibicarakan di mahkamah. 

Advertisement

“Saya suka berpegang dengan konteks legally right, morally wrong. Bagi saya itu tidak boleh diteruskan dan dibanggakan kerana ini merupakan prinsip,” katanya.

Mohammad Tawfik menegaskan soal prinsip tiada kompromi dan perlu diberi perhatian semula oleh Perdana Menteri ke-10.

“Walaupun dikatakan oleh sebilangan penyokong-penyokong kita perlu berikan masa dan peluang. 

“Bagi saya ini melibatkan imej dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 24 tahun yang tercalar hanya dengan satu pelantikan,” katanya. – The Merdeka Times.

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending