Antarabangsa
Enggan panggil pelajar dengan identiti jantina baharu, guru terpaksa letak jawatan
Seorang bekas guru sekolah menengah Ohio terpaksa letak jawatan selepas bertegas dengan bosnya untuk tidak memanggil pelajar dengan kata ganti nama pilihan mereka (yang menukar jantina) kerana ia melanggar kepercayaan agamanya.
- Seorang bekas guru sekolah menengah Ohio terpaksa letak jawatan selepas bertegas dengan bosnya untuk tidak memanggil pelajar dengan kata ganti nama pilihan mereka (yang menukar jantina) kerana ia melanggar kepercayaan agamanya.
- Vivian Geraghty seorang penganut Kristian menyaman pengetua Jackson Memorial Middle School, Lembaga Pendidikan dan dua pekerja daerah.
- Tuntutan mahkamah persekutuan yang difailkan pada Isnin lalu menyatakan sebelum Geraghty meletak jawatan, beliau tetap konsisten dengan amalan agama dan pemahaman saintifiknya mengenai manusia identiti, jantina dan seks ketika mengajar.
- Saman itu turut mengatakan bahawa seminggu sebelum Geraghty meletak jawatan, dua pelajarnya meminta beliau menggunakan nama dikaitkan dengan identiti jantina baharu mereka dan bukannya nama sah mereka.
Seorang bekas guru sekolah menengah Ohio terpaksa letak jawatan selepas bertegas dengan bosnya untuk tidak memanggil pelajar dengan kata ganti nama pilihan mereka (yang menukar jantina) kerana ia melanggar kepercayaan agamanya.
Guru itu, Vivian Geraghty seorang penganut Kristian menyaman pengetua Jackson Memorial Middle School, Lembaga Pendidikan dan dua pekerja daerah terbabit.
Geraghty, bekerja di sekolah di Massillon, Ohio, sebagai guru seni bahasa Inggeris sehingga peletakan jawatannya pada 26 Ogos lalu.
Tuntutan mahkamah persekutuan yang difailkan pada hari Isnin lalu menyatakan sebelum Geraghty meletak jawatan, beliau tetap konsisten dengan amalan agama dan pemahaman saintifiknya mengenai manusia identiti, jantina dan seks ketika mengajar.
Saman itu turut mengatakan bahawa seminggu sebelum Geraghty meletak jawatan, dua pelajarnya meminta beliau menggunakan nama dikaitkan dengan identiti jantina baharu mereka dan bukannya nama sah mereka.
Salah seorang pelajar juga ingin dipanggil dengan kata ganti nama pilihannya.
Tuntutan itu menyatakan sekolah menerima pakai dasar yang memerlukan guru menggunakan kata ganti nama pilihan pelajar.
Menurut tuntutan mahkamah, berikutan permintaan itu bertentangan kepercayaan agama Geraghty, beliau bertemu pengetua Kacy Carter dengan harapan dapat mencapai penyelesaian yang membolehkannya terus mengajar tanpa melanggar kepercayaan agama dan hak perlembagaannya.
Geraghty memberitahu Carter bahawa dia tidak akan menggunakan kata ganti nama pilihan pelajar, saman itu mengatakan dia kemudian dipanggil ke mesyuarat berasingan dengan Carter dan Monica Myers, seorang pekerja daerah.
Semasa pertemuan itu, Geraghty diberitahu beliau sebagai penjawat awam dikehendaki mengetepikan kepercayaannya dan keengganan berbuat demikian akan menyebabkannya tidak mengikut arahan pihak atasan.
Geraghty sekali lagi berkata beliau tidak akan menggunakan kata ganti nama pilihan pelajar dan dihantar semula ke bilik darjahnya.
Tuntutan itu mengatakan beberapa minit kemudian, Geraghty ditarik keluar dari bilik darjah dan diberitahu sama ada mengubah fikirannya atau perlu meletak jawatan.
Percaya dia tidak mempunyai pilihan lain, Geraghty menyerahkan surat peletakan jawatan sebelum diiringi keluar dari bangunan itu.
Peguam untuk Geraghty berhujah dalam tuntutan mahkamah bahawa sekolah itu tidak mencari kemungkinan penyelesaian lain seperti memindahkan Geraghty ke bilik darjah lain atau memintanya memanggil pelajar dengan nama keluarga mereka.
Tuntutan itu juga mendakwa dasar tersebut tidak dikuatkuasakan secara adil dan Carter dibenarkan untuk mengelak daripada menggunakan kata ganti nama sepenuhnya.
Perikatan Mempertahankan Kebebasan, yang memfailkan tuntutan mahkamah bagi pihak Geraghty berkata bekas guru itu tidak sepatutnya diletakkan dalam kedudukan di mana harus memilih antara kepercayaannya dan pekerjaannya.
“Tiada pegawai sekolah boleh memaksa seorang guru mengenepikan kepercayaan agamanya untuk mengekalkan pekerjaannya,” kata peguam bela kumpulan Logan Spena dalam satu kenyataan di Facebook.
Sumber : NBC NEWS
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kezaliman, fasisme ambil alih jika kaum majoriti memerintah negara kenyataan fitnah, melampau — Presiden WAFIQ
-
Kolumnis2 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini3 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR