Connect with us

Antarabangsa

Dua pelajar perempuan cedera diserang pelajar transgender di tandas wanita sekolah

Dua pelajar perempuan cedera selepas diserang oleh pelajar lelaki transgender di tandas wanita Sekolah Tinggi Memorial Edmond, Oklahoma, Amerika Syarikat (AS).

Wartawan TMT

Published

on

Dua pelajar perempuan cedera diserang pelajar transgender di tandas wanita sekolah
Foto: Sekolah Tinggi Memorial Edmond, Oklahoma, Amerika Syarikat.
  • Dua pelajar perempuan cedera selepas diserang oleh pelajar lelaki transgender di tandas wanita Sekolah Tinggi Memorial Edmond, Oklahoma, Amerika Syarikat (AS).
  • Kejadian berlaku apabila pelajar transgender tersebut berang dengan mangsa yang mengabaikan cubaannya untuk memulakan perbualan di dalam tandas wanita.
  • Pelajar transgender itu langsung memukul mangsa, serta seorang lagi rakan mangsa yang cuba meleraikan mereka.

Dua pelajar perempuan cedera selepas diserang oleh pelajar lelaki transgender di tandas wanita Sekolah Tinggi Memorial Edmond, Oklahoma, Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan Reduxx, satu laporan polis bertarikh 26 Oktober mendedahkan satu saman juvana telah dikeluarkan terhadap seorang pelajar lelaki transgender selepas dua pelajar perempuan mengalami kecederaan berikutan pergaduhan di antara mereka.

Ketika pihak polis tiba di sekolah tersebut, mereka menemui seorang pelajar perempuan yang cedera pada bahagian muka dan kepala di bilik rawatan.

Berdasarkan pemerhatian polis, terdapat beberapa luka di muka mangsa, dan kedua-dua matanya mula membengkak.

Polis menyoal siasat mangsa yang namanya dirahsiakan kerana usianya. Mangsa mendakwa dia didatangi oleh seorang pelajar transgender (dinamakan A) ketika dia sedang berbual dengan rakan-rakannya di dalam tandas wanita.

Dia menjelaskan yang dia mengabaikan A yang cuba bercakap dengannya. Oleh sebab itu, A mulai berang dan mengajaknya bergaduh sambil menunjukkan penumbuk ketika menghampirinya.

A langsung memukul muka mangsa dan mangsa pula tidak berdaya untuk mempertahankan diri.

Kemudian, A menarik rambut mangsa sehingga dia tersembam ke tanah, dan mula menendang mukanya dan menumbuknya berulang kali.

Rakan-rakan mangsa yang menyaksikan kejadian itu merayu agar A menghentikan perbuatannya. Seorang lagi pelajar perempuan lain yang cuba meleraikan mereka turut ditumbuk dua kali di sebelah kiri mukanya oleh A.

Seorang saksi memberitahu yang gadis itu cuba masuk campur kerana A adalah seorang lelaki, dan dia merasakan nyawa rakannya terancam.

Kenyataan daripada A mendakwa dia cuba bercakap dengan mangsa kerana dia mahu membayar balik pakaian yang dicuri daripada mangsa.

Bagaimanapun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan mangsa dan saksi.

Sumber: Reduxx

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending