Connect with us

Antarabangsa

Diskriminasi kaum punca masalah alkohol dalam kalangan pelajar Asia Amerika

Diskriminasi kaum mungkin menyebabkan masalah berkaitan alkohol dalam kalangan pelajar Asia Amerika, demikian menurut kajian diterbitkan dalam Asian American Journal of Psychology.

Wartawan TMT

Published

on

Diskriminasi kaum punca masalah alkohol dalam kalangan pelajar Asia Amerika
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pelajar Asia Amerika mengalami masalah penyalahgunaan alkohol disebabkan tertekan dengan diskriminasi kaum yang dialami.
  • Kajian diterbitkan dalam Asian American Journal of Psychology, membabitkan lebih 1,400 pelajar Asia kelahiran Amerika Syarikat (AS) di universiti awam California Selatan sebelum pandemik.
  • Semua pelajar yang ditinjau melaporkan mengalami satu insiden perkauman, dan hampir dua pertiga mengalami sekurang-kurangnya dua insiden terbabit.
  • Antara diskriminasi yang dialami ialah layanan kurang sopan daripada orang lain, menerima perkhidmatan lebih buruk berbanding orang lain di restoran atau kedai dan tahap kebijaksanaan dipandang rendah.

Diskriminasi kaum mungkin menyebabkan masalah berkaitan alkohol dalam kalangan pelajar Asia Amerika, demikian menurut kajian diterbitkan dalam Asian American Journal of Psychology.

Memetik laporan NBC, kajian yang dijalankan sebelum pandemik itu membabitkan lebih 1,400 pelajar Asia kelahiran Amerika Syarikat (AS) di universiti awam California Selatan dengan majoriti pelajar Asia.

Hasil kajian mendapati majoriti pelajar itu melaporkan mengalami masalah perkauman dan meminum arak untuk mengatasi masalah tekanan psikologi mereka.

“Orang dewasa muda Asia Amerika secara amnya diabaikan dalam sains ketagihan,” kata pengarang utama dan profesor psikologi bersekutu di Universiti Maryland, Derek Iwamoto kepada NBC.

Beliau berkata, “kami mahu mengenal pasti kumpulan berisiko tinggi di kalangan orang Asia Amerika”.

Kajian baharu itu menggunakan metrik diskriminasi kaum harian bagi mengukur pengalaman pelajar dengan diskriminasi kaum (layanan kurang sopan daripada orang lain, menerima perkhidmatan yang lebih buruk berbanding orang lain di restoran atau kedai, tahap kebijaksanaan dipandang rendah), dan skala psikologi Kessler untuk menilai keresahan dan simptom kemurungan ketika rawatan sedemikian. 

Indeks masalah alkohol Rutgers pula digunakan untuk mengukur masalah berkaitan alkohol.

Iwamoto dan pasukannya mendapati, perkauman mempunyai kesan yang kuat terhadap pengambilan minuman keras. 

Semua pelajar yang ditinjau melaporkan mengalami satu insiden perkauman dan hampir dua pertiga melaporkan mengalami sekurang-kurangnya dua insiden perkauman. 

Ramai yang melaporkan meminum arak untuk mengatasi tekanan psikologi yang disebabkan pengalaman negatif itu.

“Jika seseorang didiskriminasikan, psikologi mereka akan merasa lebih tertekan, yang seterusnya boleh membawa kepada masalah berkaitan alkohol,” katanya.

Terdahulu, kadar gangguan penyalahgunaan alkohol dalam kalangan orang Asia Amerika dilaporkan lebih rendah daripada kaum lain. 

Bagaimanapun, angka itu masih lebih tinggi berbanding orang Asia yang bukan kelahiran AS.

Menurut data Tinjauan Kebangsaan mengenai Penggunaan Dadah dan Kesihatan, kadar penyalahgunaan alkohol dalam kalangan remaja Asia Amerika di seluruh negara mendatar pada kira-kira 10 peratus. 

Kadar untuk kumpulan kaum lain pula bagaimanapun menurun secara berterusan. Bagi orang kulit hitam Amerika, angka itu telah menurun sebanyak separuh.

Sumber: NBC

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending