Connect with us

Antarabangsa

Dicium sebab pertaruhan, pengantin perempuan nekad tinggalkan suami di majlis kahwin

Seorang wanita di Uttar Pradesh, India nekad meninggalkan suami yang baru dikahwininya dan memfailkan aduan polis selepas dia dicium di hadapan tetamu semata-mata kerana suaminya bertaruh dengan rakan-rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Dicium sebab pertaruhan, pengantin perempuan nekad tinggalkan suami di majlis kahwin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang wanita di Uttar Pradesh, India nekad meninggalkan suami yang baru dikahwininya dan membuat laporan polis ke atas suaminya.
  • Ketika majlis perkahwinan yang berlangsung pada 26 November lalu, wanita itu mendakwa dicium secara tiba-tiba oleh suaminya dihadapan ratusan tetamu.
  • Difahamkan, tindakan suaminya itu gara-gara ingin memenangi pertaruhan Rs 1,500 (RM80.92) dengan rakan-rakannya.
  • “Dia tidak mempedulikan maruah saya dan bertindak buruk di hadapan beberapa tetamu. Bagaimana pula tindakannya di masa hadapan?” – Pengantin perempuan.

Seorang wanita di Uttar Pradesh, India nekad meninggalkan suami yang baru dikahwininya dan memfailkan aduan polis selepas dia dicium di hadapan tetamu semata-mata kerana suaminya bertaruh dengan rakan-rakannya.

Ketika pasangan itu bertukar kalungan bunga di atas pentas mengikut upacara perkahwinan pada 26 November lalu, pengantin lelaki tiba-tiba mencium pengantin perempuan di hadapan 300 tetamu majlis kahwin itu.

Susulan itu, pengantin perempuan meninggalkan pentas dan pergi ke biliknya, demikian lapor Independent memetik India Today.

Keluarga pengantin perempuan cuba memujuknya, namun dia enggan kembali ke pentas. Sebaliknya, pengantin perempuan itu langsung ke balai polis untuk membuat aduan terhadap pengantin lelaki.

Dia mendakwa pengantin lelaki menciumnya untuk memenangi pertaruhan dengan rakan-rakannya dan kini dia ‘tidak yakin dengan peribadi lelaki itu’.

“Dia menyentuh saya dengan cara yang saya tidak selesa ketika kami di atas pentas, tetapi saya tidak mengendahkannya.

“Kemudian dia melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Saya terkejut dan rasa terhina,” kata pengantin perempuan itu.

“Dia tidak mempedulikan maruah saya dan bertindak buruk di hadapan beberapa tetamu. Bagaimana pula tindakannya di masa hadapan?” katanya.

Pengantin lelaki itu bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa dia bertindak sedemikian sebagai sebahagian pertaruhan Rs 1,500 (RM80.92).

Menurut ibu pengantin perempuan itu, “pengantin lelaki telah dicabar oleh rakan-rakannya.”

“Kami cuba memujuk anak perempuan saya tetapi dia enggan mengahwininya. Kami telah memutuskan untuk menunggu selama beberapa hari dan biarkan dia mengambil sedikit masa untuk membuat keputusan,” kata ibunya.

Bagaimanapun menurut polis tempatan, “pasangan itu secara teknikalnya telah sah berkahwin kerana upacara itu sudah diselesaikan ketika kejadian itu berlaku”.

Sumber: Independent

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending