Connect with us

Terkini

Bukan kerajaan perpaduan tapi kerajaan minoriti – Takiyuddin

PAS menyifatkan kerajaan baharu sekarang bukannya Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kerajaan minoriti. 

Wartawan TMT

Published

on

Bukan kerajaan perpaduan tapi kerajaan minoriti - Takiyuddin
Foto: Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
  • PAS menyifatkan kerajaan baharu sekarang bukannya Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kerajaan minoriti.
  • Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ia kerana tiada parti yang mempunyai kerusi cukup untuk membentuk kerajaan. 
  • “PH mempunyai 82 kerusi, PN pula mempunyai 73 kerusi. Maka, ketua PH ada majoriti, namun belum boleh membentuk kerajaan.
  • “Sebab itu saya katakan kerajaan sekarang bukan Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kerajaan minoriti,” kata Takiyuddin.
  • Takiyuddin berkata PN akan menjadi pembangkang yang membina kepada rakyat. 

KOTA BHARU: PAS menyifatkan kerajaan baharu sekarang bukannya Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kerajaan minoriti. 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ia kerana tiada parti yang mempunyai kerusi cukup untuk membentuk kerajaan. 

“Mungkin mereka mempunyai kepercayaan majoriti. Majoriti tidak semestinya majoriti mudah dan boleh jadi majoriti dalam kalangan lain-lain.

“Pakatan Harapan (PH) mempunyai 82 kerusi, Perikatan Nasional (PN) pula mempunyai 73 kerusi. Maka, ketua PH ada majoriti, namun belum boleh membentuk kerajaan.

“Sebab itu saya katakan kerajaan sekarang bukan Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kerajaan minoriti,” katanya ketika ditemui selepas Kenduri Kesyukuran Parlimen Kota Bharu, di sini, hari ini. 

Ketika ditanya usul undi percaya di Dewan Rakyat pada 19 Disember ini, Takiyuddin berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima maklumat berhubung usul berkenaan.

“Bagi saya, apabila seorang Perdana Menteri membawa usul berkenaan ke Parlimen, itu bermakna Perdana Menteri yang sedia ada itu belum mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. 

“Dalam perlembagaan untuk melantik seorang Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, orang itu mungkin mempunyai kepercayaan ahli Dewan Rakyat. 

“Sebagai alternatif, Perdana Menteri itu perlu membawa usul ke Parlimen untuk melihat sokongan,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, PN akan menjadi pembangkang yang membina kepada rakyat. 

“Kita akan melantik beberapa Ahli Parlimen untuk memantau setiap satu kementerian memandangkan kita mempunyai 73 Ahli Parlimen,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending