Connect with us

Antarabangsa

Bimbang diintip, AS akan perkenal undang-undang haramkan Tiktok

Senator daripada parti Republikan, Marco Rubio semalam mengumumkan akan memperkenalkan undang-undang dwipartisan bagi mengharamkan aplikasi media sosial terkenal, TikTok.

Wartawan TMT

Published

on

Bimbang diintip, AS akan perkenal undang-undang haramkan Tiktok
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Langkah haramkan Tiktok beri tekanan kepada ByteDance Ltd sebab kegusaran AS bahawa ia digunakan untuk mengintip rakyat negara itu dan mengecam kandungan.
  • Senator daripada parti Republikan, Marco Rubio menegaskan undang-undang itu menyaksikan transaksi daripada sebarang syarikat media sosial atau bawah pengaruh China dan Russia akan disekat.
  • RUU diusulkan ketika pemantauan secara rapi terhadap TikTok mula meluas beberapa minggu ini, selepas pentadbiran Donald Trump selaku Presiden AS gagal untuk mengharamkan aplikasi perkongsian video terbabit.
  • Jawatankuasa Pelaburan Asing di AS (CFIUS) pernah arahkan ByteDance melucutkan Tiktok bimbang dengan keselamatan data pengguna negara AS jatuh ke tangan kerajaan komunis China.

WASHINGTON: Senator daripada parti Republikan, Marco Rubio semalam mengumumkan akan memperkenalkan undang-undang dwipartisan bagi mengharamkan aplikasi media sosial terkenal, TikTok.

Langkah itu ternyata memberikan tekanan buat pemilik aplikasi itu, ByteDance Ltd gara-gara kegusaran Amerika Syarikat (AS) bahawa ia boleh digunakan untuk mengintip rakyat negara itu dan mengecam kandungan.

Rubio dalam satu kenyataan menegaskan, undang-undang itu menyaksikan kesemua transaksi daripada sebarang syarikat media sosial atau bawah pengaruh China dan Russia akan disekat.

Susulan itu, katanya usul rang undang-undang (RUU) di Dewan Perwakilan AS diusulkan oleh ahli kongres Republikan, Mike Gallagher dan daripada parti Demokrat, Raja Krishnamoorthi.

“Ia merisaukan daripada menggalakkan pentadbiran untuk menyelesaikan semakan keselamatan nasional terhadap TikTok, beberapa ahli kongres telah memutuskan untuk mendesak larangan bermotif politik yang tidak akan berbuat apa-apa untuk memajukan keselamatan negara AS,” kata jurucakap TikTok dalam satu kenyataan.

Susulan pengumuman itu, TikTok akan terus memberi taklimat kepada ahli Kongres mengenai rancangan yang sedang berjalan dengan baik untuk ‘mengamankan’ platform berkenaan di negara itu.

RUU itu diusulkan ketika pemantauan secara rapi terhadap TikTok mula meluas di Washington dalam beberapa minggu kebelakangan ini, selepas pentadbiran Donald Trump selaku Presiden AS gagal untuk mengharamkan aplikasi perkongsian video terbabit.

Pada perbicaraan bulan lalu, Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Chris Wray, berkata operasi TikTok mencetuskan kebimbangan keselamatan negara, sekali gus menandakan risiko kerajaan China boleh memperoleh manfaatkan daripada mempengaruhi pengguna atau mengawal peranti mereka.

Alabama dan Utah semalam menyertai negara AS lain yang melarang penggunaan TikTok pada peranti kerajaan negeri termasuk rangkaian komputer kerana bimbang dengan keselamatan negara.

Pada 2020, Trump yang ketika itu menerajui Rumah Putih cuba menyekat pengguna baharu daripada memuat turun TikTok dan melarang transaksi lain, yang menyekat penggunaan aplikasi itu secara berkesan di AS.

Namun, hasrat Trump tidak kesampaian apabila beliau tewas dalam beberapa siri ‘pertempuran’ di mahkamah berhubung langkah itu.

Jawatankuasa Pelaburan Asing di AS (CFIUS), sebuah badan keselamatan negara pernah mengarahkan ByteDance untuk melucutkan TikTok kerana bimbang dengan keselamatan data pengguna negara.

Mereka bimbang data pengguna AS boleh jatuh ke tangan kerajaan komunis China.

CFIUS dan TikTok mengadakan perbincangan selama berbulan-bulan dengan tujuan untuk mencapai perjanjian keselamatan negara bagi melindungi data membabitkan lebih 100 juta pengguna TikTok. 

Sumber : Berita Harian

 

 

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending