Connect with us

Terkini

Beri peluang etnik minoriti terlibat dalam kerajaan perpaduan

Barisan pemimpin etnik minoriti seperti Bidayuh, Lun Bawang, Kayan atau Kenyah, Melanau serta Iban harus diberikan peluang untuk bersama-sama terlibat dalam Kerajaan Perpaduan.

Wartawan TMT

Published

on

Beri peluang etnik minoriti terlibat dalam kerajaan perpaduan
Foto: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
  • Barisan pemimpin etnik minoriti seperti Bidayuh, Lun Bawang, Kayan atau Kenyah, Melanau serta Iban harus diberikan peluang terlibat dalam Kerajaan Perpaduan.
  • Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyokong cadangan untuk melantik lebih ramai Ahli Parlimen etnik Dayak sebagai Timbalan Menteri.
  • “Ahli-ahli Parlimen daripada kaum-kaum berkenaan sudah terbukti berkebolehan serta berpengalaman berkhidmat selama beberapa penggal sebagai Ahli Parlimen, Senator, Timbalan Menteri dan salah seorang daripada mereka pernah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.”- Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
  • Pengalaman luas barisan pemimpin ini haruslah dipertimbangkan untuk mengisi jawatan kosong Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perpaduan.

KUALA LUMPUR – Barisan pemimpin etnik minoriti seperti Bidayuh, Lun Bawang, Kayan atau Kenyah, Melanau serta Iban harus diberikan peluang untuk bersama-sama terlibat dalam Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau menyokong penuh cadangan untuk melantik lebih ramai Ahli Parlimen etnik Dayak sebagai Timbalan Menteri.

“Ahli-ahli Parlimen daripada kaum-kaum berkenaan sudah terbukti berkebolehan serta berpengalaman berkhidmat selama beberapa penggal sebagai Ahli Parlimen, Senator, Timbalan Menteri dan salah seorang daripada mereka pernah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.”

Oleh itu, pengalaman luas barisan pemimpin ini haruslah diberi pertimbangan bagi mengisi jawatan kosong Timbalan Menteri di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Tidak dilupakan, Ahli Parlimen daripada komuniti Cina Sarawak juga perlu diberi peluang untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri termasuklah calon daripada parti DAP.”

Walau bagaimanapun beliau menghormati keputusan yang bakal dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, sebagai pemimpin yang mewakili etnik Dayak dalam GPS, beliau hanya membawa sentimen dan harapan masyarakat Dayak Sarawak kepada Kerajaan Pusat.

Sumber: Samudera 

 

 

Author

Terkini

(VIDEO) Pengharmonian undang-undang syariah-sivil, apa langkah kerajaan boleh lakukan?

Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz.
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.
  • Ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang itu akan terkesan, sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan Perlembagaan Persekutuan.
  • “…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.
  • “Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini .

KUALA LUMPUR — Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata untuk itu semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.

Shamrahayu berkata ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang berkenaan akan terkesan sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat bahawa seperti dinyatakan Yang Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan perasmian beliau sekejap tadi bahawa pengharmonian undang-undang ini ataupun pelaksanaan keadilan dalam bidang undang-undang ini bukan sesuatu yang mudah.

“Jadi antara perkara saya sering bicarakan sebelum ini pun ialah bagaimana agensi-agensi kerajaan terutamanya perlu menyatupadukan gerak kerja mereka dan meletakkan agenda yang jelas tentang pengharmonian undang-undang.

“…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.

“Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Ia susulan pembentangan pertama di Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia yang bertajuk, “Mendasari Pengharmonian Syariah-Sivil Ke Arah Pemartabatan Undang-Undang Syariah di Malaysia”, yang telah disampaikan Timbalan Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara, Ramzi Osman.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata langkah lain yang penting dilaksanakan adalah memahamkan para hakim yang bertugas di mahkamah pada peringkat Persekutuan, bukan hanya hakim mahkamah syariah.

“Satu lagi yang saya fikir tidak disebut ialah untuk memperkasakan institusi-institusi atau personnel yang menyumbang kepada pelaksanaan perundangan di mahkamah syariah terutamanya mereka yang menguatkuasakan undang-undang iaitu pengawai penguatkuasa agama dari segi penyiasatannya dan pendakwaannya. 

“Dan saya fikir jika kedua jawatan ini, penguatkuasa dan pendakwaan ini tidak diperkasakan selaras mahkamah syariah maka ia juga tidak akan mendatangkan keharmonian sepatutnya atau yang terbaiknya dalam penguatkuasaan undang-undang syariah,” katanya.

Shamrahayu berkata pelaksanaan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini penting kerana ia adalah untuk mencapai keadilan dan supaya negara ini mempunyai identiti perundangannya sendiri.

“Pengharmonian (undang-undang syariah dan sivil) bermaksud untuk kita mencari sesuatu yang sama dan adil, sekarang ini terdapat perbezaan. 

“Contohnya suatu perkara itu dijenayahkan dalam perundangan syariah, tetapi tidak dijenayahkan dalam perundangan yang diamalkan di peringkat Persekutuan… Jadi untuk mencari kebaikan dalam sesuatu undang-undang itu, maka pengharmonian ini perlu dilakukan,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending