Connect with us

Antarabangsa

AS lulus undang-undang lindungi perkahwinan sejenis

Kongres Amerika Syarikat (AS) meluluskan undang-undang untuk melindungi perkahwinan sejenis di bawah undang-undang persekutuan dan Presiden, Joe Biden berikrar untuk segera menandatangani langkah itu.

Wartawan TMT

Published

on

AS lulus undang-undang lindungi perkahwinan sejenis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kongres AS meluluskan undang-undang melindungi perkahwinan sejenis di bawah undang-undang persekutuan dan Presiden, Joe Biden berikrar untuk segera menandatangani langkah itu.
  • “Hari ini, Kongres mengambil langkah kritikal untuk memastikan rakyat AS mempunyai hak untuk berkahwin dengan orang yang mereka cintai,”- Presiden AS, Joe Biden.
  • Beliau menggelar kesaksamaan perkahwinan sebagai keutamaan perundangannya dan menegaskan ‘dengan rasa bangga’ akan segera menandatangani rang undang-undang itu dikuatkuasakan.
  • Perundangan itu dikenali sebagai Akta Menghormati Perkahwinan, tidak memerlukan negeri menghalalkan perkahwinan sejenis tetapi memerlukan mereka mengiktiraf perkahwinan selagi ia sah di negeri tempat perkahwinan dilakukan.

WASHINGTON: Kongres Amerika Syarikat (AS) meluluskan undang-undang untuk melindungi perkahwinan sejenis di bawah undang-undang persekutuan dan Presiden, Joe Biden berikrar untuk segera menandatangani langkah itu.

Undian di Dewan Perwakilan menyaksikan 39 ahli Republikan menyertai majoriti ahli parti Demokrat kurang 10 hari selepas Senat meluluskan rang undang-undang yang sama.

“Hari ini, Kongres mengambil langkah kritikal untuk memastikan rakyat AS mempunyai hak untuk berkahwin dengan orang yang mereka cintai,” kata Biden dalam satu kenyataan.

Mahkamah Agung pada Jun membatalkan hak pengguguran yang telah lama wujud, mendorong penggubal undang-undang kedua-dua pihak bertindak menghalang mahkamah daripada mengambil hak perkahwinan sejenis, kerana sesetengah pihak bimbang ia mungkin berlaku.

Dewan berkenaan sebelum ini telah meluluskan undang-undang yang serupa dengan Senat, tetapi memerlukan satu lagi undian untuk menyelesaikan perbezaan kecil yang berlaku.

Biden menggelar kesaksamaan perkahwinan sebagai salah satu keutamaan perundangannya dan menegaskan ‘dengan rasa bangga’ akan segera menandatangani rang undang-undang itu untuk dikuatkuasakan.

Perundangan baharu itu, yang dikenali sebagai Akta Menghormati Perkahwinan, tidak memerlukan negeri menghalalkan perkahwinan sejenis tetapi memerlukan mereka mengiktiraf perkahwinan selagi ia sah di negeri tempat perkahwinan itu dilakukan.-AFP

Sumber: Utusan

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending