Antarabangsa
Arab Saudi gesa Taliban tarik balik keputusan melarang wanita ke universiti
Arab Saudi menggesa pemerintah sementara Afghanistan untuk menarik balik keputusannya melarang wanita melanjutkan pelajaran di Afghanistan.
- “Melarang wanita dari mendapatkan pendidikan peringkat tinggi bercanggah dengan memberi wanita hak mereka sepenuhnya, yang paling utama adalah hak mendapatkan pendidikan yang akan menyumbang kepada keselamatan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran bagi Afghanistan dan rakyatnya. – Kementerian Luar Arab Saudi
- Kementerian Pendidikan Afghanistan yang diketuai Taliban, menggantung akses ke universiti oleh pelajar perempuan sehingga diberitahu kelak, mengundang kecaman hebat daripada Amerika Syarikat, Britain dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
- “Menggantung akses pelajar wanita ke universiti Afghanistan akan membawa kesan serius kepada kredibiliti pemerintah sedia ada, sama seperti ia akan menafikan hak gadis dan wanita Afghanistan untuk mendapat pendidikan, pekerjaan dan keadilan sosial.” – Setiausaha Agung Kumpulan Hubungan Muktamar Islam (OIC), Hissein Brahim Taha
RIYADH: Arab Saudi menggesa pemerintah sementara Afghanistan untuk menarik balik keputusannya melarang wanita melanjutkan pelajaran di Afghanistan.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi, negara itu kesal terhadap keputusan untuk menafikan hak gadis Afghanistan untuk mendapat pendidikan universiti.
Kerajaan Arab Saudi berkata: “Keputusan tersebut satu kejutan dalam dunia Islam.”
“Melarang wanita daripada mendapatkan pendidikan peringkat tinggi bercanggah dengan memberi wanita hak mereka sepenuhnya, yang paling utama adalah hak mendapatkan pendidikan yang akan menyumbang kepada keselamatan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran bagi Afghanistan dan rakyatnya.
“Mengharamkan wanita daripada pendidikan tinggi bercanggah dengan pemberian penuh hak undang-undang kepada wanita Afghanistan, yang paling utama adalah hak untuk mendapat pendidikan yang menyumbang kepada keselamatan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran untuk Afghanistan dan rakyatnya,” kata kenyataan itu.
Selasa lalu, Kementerian Pendidikan Afghanistan yang diketuai Taliban, menggantung akses ke universiti oleh pelajar perempuan sehingga diberitahu kelak, mengundang kecaman hebat daripada Amerika Syarikat, Britain dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Setiausaha Agung Kumpulan Hubungan Muktamar Islam (OIC), Hissein Brahim Taha melahirkan kebimbangannya dan mengecam keputusan membingungkan oleh Pentadbiran de facto di Afghanistan untuk menutup universiti kepada kanak-kanak perempuan dan wanita untuk tempoh yang tidak ditentukan.
Langkah pemerintah de facto itu melalui Kementerian Pendidikan Tinggi Afghanistan adalah lebih mengecewakan OIC, kerana Setiausaha Agung dan Duta Khasnya ke Afghanistan sudah berulang kali dan bertegas memberi amaran kepada pihak berkuasa de facto agar tidak mengambil keputusan sedemikian.
Amaran terbaru disampaikan oleh Duta Khas Setiausaha Agung ke Afghanistan semasa lawatannya ke Kabul pada pertengahan November lalu, lapor agensi berita MediaCorp.
Brahim Taha berpendapat, menggantung akses pelajar wanita ke universiti Afghanistan akan membawa kesan serius kepada kredibiliti pemerintah sedia ada, sama seperti ia akan menafikan hak gadis dan wanita Afghanistan untuk mendapat pendidikan, pekerjaan dan keadilan sosial.
OIC, walaupun masih komited dengan dasar penglibatannya bersama pemerintah de facto itu, ia hanya dapat mengecam keputusan itu. Ia menggesa pemerintah Kabul supaya menarik balik keputusannya itu demi memastikan perjanjian mereka dan keputusan yang diambil kekal konsisten. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia