Connect with us

Terkini

Anwar saman Razman, tolak dakwaan bawa agenda LGBT, sokong komunis

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, mengemukakan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berhubung ucapan mengaitkannya dengan dakwaan membawa agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini dan menyokong agenda komunis.

Wartawan TMT

Published

on

Anwar saman Razman, tolak dakwaan bawa agenda LGBT, sokong komunis
Foto: Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia
  • Anwar kemukakan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, pada Isnin (semalam).
  • Anwar tuntut Razman bayar ganti rugi am, teruk dan teladan serta injunksi menghalangnya daripada terus mengeluarkan kenyataan fitnah serupa.
  • Razman beri satu ucapan kempen pilihan raya pada program ‘walkabout’ pasar malam Tebuk Pancur yang disiarkan secara langsung melalui Facebooknya ‘Haji Razman.
  • Razman kemudian terbitkan atau menyebabkan siaran video secara langsung Facebook dan kandungannya diterbitkan semula di artikel Malaysiakini bertajuk ‘Razman dakwa Anwar bawa agenda LGBT, bimbang kerjasama PH-BN’.
  • “Dakwaan dalam penerbitan itu adalah tidak benar, melampau, jahat dan palsu sepenuhnya. Saya sentiasa mengecam semua dakwaan agenda LGBT dan memperjuangkan agenda reformasi yang lebih besar untuk tadbir urus negara.”

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, mengemukakan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berhubung ucapan mengaitkannya dengan dakwaan membawa agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini dan menyokong agenda komunis.

Anwar yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi melalui firma guaman Tetuan SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Taiping dengan menuntut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunong Semanggol itu membayar ganti rugi am, teruk dan teladan serta injunksi menghalangnya daripada terus mengeluarkan kenyataan fitnah serupa.

Dalam pernyataan tuntutannya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, Razman memberikan satu ucapan kempen pilihan raya pada program ‘walkabout’ pasar malam Tebuk Pancur yang disiarkan secara langsung melalui akaun Facebooknya ‘Haji Razman Zakaria’ yang mendapat tontonan melebihi 94,400 kali, melebihi 5,100 reaksi, 429 perkongsian dan melebihi 2600 komen.

Beliau berkata, Razman kemudian menerbitkan atau menyebabkan siaran video secara langsung Facebook dan kandungannya diterbitkan semula di artikel Malaysiakini bertajuk ‘Razman dakwa Anwar bawa agenda LGBT, bimbang kerjasama PH-BN’ bertarikh 6 November lalu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Katanya, penerbitan itu adalah satu fitnah terhadap dirinya yang antaranya membawa maksud beliau adalah seorang yang cenderung kelakuan songsang, menggalakkan perkahwinan sejenis dan mengamalkan serta menyokong ideologi komunis.

“Penerbitan yang diterbitkan semula itu adalah fitnah, tidak benar dan berniat jahat, sengaja dilakukan tanpa apa-apa terhadap kebenarannya dan memprejudiskan dan memudaratkan reputasi saya dengan teruk sekali.

“Dakwaan dalam penerbitan itu adalah tidak benar, melampau, jahat dan palsu sepenuhnya. Saya sentiasa mengecam semua dakwaan agenda LGBT dan memperjuangkan agenda reformasi yang lebih besar untuk tadbir urus negara.

“Penerbitan itu adalah tidak berasas dan mengandungi dakwaan yang tidak betul menggambarkan saya sebagai membawa agenda LGBT. Saya tidak pernah menyokong perkahwinan sejenis,” katanya.

Anwar berkata, penerbitan fitnah oleh Razman itu dibuat tanpa mendapatkan pengesahan mengenai kebenaran perkara itu daripadanya terlebih dahulu.

Katanya, tindakan Razman jelas didorong oleh motif buruk berniat jahat yang bertujuan untuk mendapatkan publisiti murahan demi kepentingan peribadi dan politik.

Sumber : Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending