Connect with us

Antarabangsa

Al-Quran rosak digantung depan masjid dalam serangan Islamofobia di Stockholm

Senaskah Al-Quran yang sudah musnah, dirantai dan digantung pada pagar besi berhampiran pintu masuk masjid di Stockholm dalam serangan Islamofobia, pada Jumaat lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Al-Quran rosak digantung depan masjid dalam serangan Islamofobia di Stockholm
Foto: Al-Quran rosak yang digantung di Masjid Stockholm.
  • Masjid itu pernah alami serangan Islamofobia sebelum ini seperti grafiti anti-Islam (lukisan ataupun kata-kata biasanya lucah, lucu) dan tulisan dilukis di pintunya.
  • Perkongsian gambar dan maklumat kejadian itu bertujuan menarik perhatian orang ramai dan mengelakkan jenayah kebencian daripada dinormalisasikan di Stockholm.

STOCKHOLM – Senaskah Al-Quran yang sudah musnah, dirantai dan digantung pada pagar besi berhampiran pintu masuk masjid di Stockholm dalam serangan Islamofobia, pada Jumaat lalu.

Masjid Stockholm berkongsi imej itu dalam satu kenyataan di sini selain mendakwa jemaahnya sering menerima ancaman, lapor Anadolu Agency.

Masjid itu pernah mengalami serangan Islamofobia sebelum ini seperti grafiti anti-Islam (lukisan ataupun kata-kata biasanya lucah, lucu) dan tulisan yang dilukis di pintunya.

Kenyataan itu berkata perkongsian gambar dan maklumat mengenai kejadian itu untuk menarik perhatian orang ramai dan mengelakkan jenayah kebencian daripada dinormalisasikan.

Sumber : Anadolu Agency                           

 

 

 

Author

Antarabangsa

Halang Iran pertahankan diri, AS perlekeh undang-undang antarabangsa

Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat cuba menghalang Iran melaksanakan haknya untuk mempertahankan diri menunjukkan undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan AS.

Avatar

Published

on

Foto: Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias.
  • Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat cuba menghalang Iran melaksanakan haknya untuk mempertahankan diri menunjukkan undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan AS.
  • Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata ia juga menggambarkan hak asasi manusia hanyalah permainan geopolitik AS dan barat.
  • Beliau turut mempersoalkan tindakan AS dan sekutunya yang sama sekali tidak mengutuk serangan Israel ke bangunan konsulat Iran di Damsyik pada 1 April lalu.
  • “Apabila Israel bom kedutaan Iran, kenapa AS dan sekutunya tidak kutuk keganasan Israel dan nyatakan Iran ada hak untuk pertahankan diri (self defence)? Kenapa AS pula nak halang Iran dari melaksanakan haknya?,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Kuala Lumpur – Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat cuba menghalang Iran melaksanakan haknya untuk mempertahankan diri menunjukkan undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan AS.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata ia juga menggambarkan hak asasi manusia hanyalah permainan geopolitik AS dan barat.

“Nampak sangat undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan oleh AS.

“Nampak sangat hak asasi manusia adalah alat permainan geopolitik AS dan barat.

“Nampak sangat rakyat Pal*stn tiada nilai.

“Kalau Iran diserang kelak, percayalah rakyat Iran pun tiada nilai. Kalau genosid pun berlaku, AS dan barat akan tutup mata,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Beliau turut mempersoalkan tindakan AS dan sekutunya yang sama sekali tidak mengutuk serangan Israel ke bangunan konsulat Iran di Damsyik pada 1 April lalu.

“Apabila Israel bom kedutaan Iran, kenapa AS dan sekutunya tidak kutuk keganasan Israel  dan nyatakan Iran ada hak untuk pertahankan diri (self defence)? Kenapa AS pula nak halang Iran dari melaksanakan haknya?,” katanya.

Presiden AS, Joe Biden pada Sabtu mengutuk serangan Iran ke atas kemudahan ketenteraan di Israel selain menjanjikan tindak balas diplomatik G7 yang diselaraskan.

Katanya, tentera AS membantu Israel menembak jatuh hampir semua dron dan peluru berpandu dilancarkan Iran. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending