Connect with us

Terkini

Afghanistan: Larang wanita masuk universiti ‘langkah mundur’ – Pemuda PAS

Pemuda PAS tampil bersuara membantah keputusan kerajaan Taliban di Afghanistan untuk melarang wanita belajar di universiti.

Wartawan TMT

Published

on

Afghanistan: Larang wanita masuk universiti 'langkah mundur' - Pemuda PAS
Foto: Ahmad Fadhli Shaari.
  • “Pemuda PAS melahirkan kebimbangan berhubung dasar terbaru yang dilaksanakan oleh Emiriah Islam Afghanistan, melarang pelajar perempuan masuk universiti. – Ketua pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari
  • “Islam menjunjung hak pendidikan untuk semua malah Nabi Muhammad SAW pernah bersabda menuntut ilmu menjadi “kewajipan” kepada semua umat Islam.”
  • “Mengenai etika berpakaian, satu kewajipan untuk “menjaga” aurat orang Islam namun mengharamkan wanita dari universiti bukanlah kaedah terbaik dan tidak sepatutnya berlaku di dalam negara Islam.”

Pemuda PAS tampil bersuara membantah keputusan kerajaan Taliban di Afghanistan untuk melarang wanita belajar di universiti.

Ketua pemuda parti itu Ahmad Fadhli Shaari berkata ia “langkah mundur” bagi Afghanistan.

“Pemuda PAS melahirkan kebimbangan kami berhubung dasar terbaru yang dilaksanakan oleh Emiriah Islam Afghanistan, yang melarang sementara pelajar perempuan memasuki universiti.

“Sebelum ini, Taliban telah membenarkan akses wanita ke universiti. Polisi terbaru ini, bagaimanapun, telah terbukti sebagai langkah mundur oleh kerajaan Afghanistan,” katanya pada satu kenyataan di media sosial Pemuda PAS pusat.

Pada 20 Dis, kerajaan Taliban mendapat kritikan global kerana menggantung akses untuk pelajar perempuan ke universiti sehingga diberitahu kelak – mendakwa ini kerana mereka tidak mematuhi “kod berpakaian” yang betul.

Taliban juga berkata beberapa mata pelajaran seperti kejuruteraan dan pertanian, tidak sesuai untuk kaum wanita.

Pun begitu, Ahmad Fadhli berkata Islam menjunjung hak pendidikan untuk semua malah Nabi Muhammad SAW pernah bersabda menuntut ilmu menjadi “kewajipan” kepada semua umat Islam.

Dia juga berkata wanita telah memainkan peranan penting bersama lelaki dalam menyebarkan ilmu di dunia Islam.

“Sebenarnya ramai (wanita) yang menjadi pelopor dalam bidang masing-masing, seperti sains, pendidikan dan politik, pada zaman awal tamadun Islam.

“Selain itu, sebahagian hadis Nabi Muhammad diriwayatkan oleh tokoh wanita seperti (isteri-isteri nabi) Aisyah, Hafsah, dan Salamah,” katanya.

Mengenai etika berpakaian, ketua Pemuda PAS berkata satu kewajipan untuk “menjaga” aurat orang Islam namun mengharamkan wanita dari universiti bukanlah kaedah terbaik dan tidak sepatutnya berlaku di dalam negara Islam.

Dia berkata terdapat cara lain untuk mengekalkan keseimbangan antara pemakaian hijab dan menegakkan hak pendidikan.

Ahmad Fadhli yang juga ahli parlimen Pasir Mas menegaskan sebarang perubahan juga perlu dilaksanakan secara berhati-hati dan tentatif agar tidak mencemarkan imej Islam.

Sumber: Malaysiakini

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending