Connect with us

Terkini

ABIM kesal pemerintah Taliban tutup peluang wanita belajar di universiti

Wanita sememangnya turut berperanan dalam pembinaan negara dan memerlukan pendidikan yang sewajarnya, kata Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). 

Wartawan TMT

Published

on

ABIM kesal pemerintah Taliban tutup peluang wanita belajar di universiti
Foto: Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz,
  • ABIM kesal dengan larangan yang dibuat pemerintah Afghanistan pimpinan Taliban yang menutup peluang pengajian di peringkat Universiti untuk golongan wanita.
  • Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata wanita sememangnya turut berperanan dalam pembinaan negara dan memerlukan pendidikan yang sewajarnya.
  • ABIM turut senada dengan kegusaran Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha bahawa keputusan itu dikhuatiri akan menjejaskan kredibiliti kerajaan semasa.
  • “Dalam tradisi Islam, wanita mempunyai peranan yang besar dan diangkat sebagai orang yang berperanan dalam bidang keilmuan,” katanya.

KUALA LUMPUR: Wanita sememangnya turut berperanan dalam pembinaan negara dan memerlukan pendidikan yang sewajarnya, kata Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). 

Menurut Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz, ABIM kesal dengan larangan yang dibuat pemerintah Afghanistan pimpinan Taliban yang menutup peluang pengajian di peringkat Universiti untuk golongan wanita.

Beliau menjelaskan, ABIM turut senada dengan kegusaran yang diluahkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Hissein Brahim Taha bahawa keputusan itu dikhuatiri akan menjejaskan kredibiliti kerajaan semasa. 

“Dalam tradisi Islam, wanita mempunyai peranan yang besar dan diangkat sebagai orang yang berperanan dalam bidang keilmuan.

“Sejarah juga membuktikan terdapat wanita juga berperanan mengeluarkan fatwa yang hingga kini masih terpakai dan ini menunjukkan tradisi keilmuan tidak mengira latar gender. 

“Golongan wanita mempunyai peranan yang besar dalam bidang keilmuan khususnya dalam mengeluarkan fatwa yang turut menjadi rujukan kaum Adam. 

“Bagi ABIM, kita harus mengiktiraf wanita untuk diberikan hak yang sewajarnya dalam mendapatkan pendidikan di peringkat bawah hingga peringkat paling tinggi,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial. 

Muhammad Faisal menjelaskan, di negara ini wanita bukan sahaja dibenarkan menuntut ilmu hingga ke universiti malah diberi peranan yang besar dalam pentadbiran negara. 

Beliau juga menjelaskan ABIM sentiasa bersedia dalam ruang dialog dan kerjasama atas nama persaudaraan Muslim untuk bersama menyelesaikan perkara ini. 

Baru-baru ini, pemerintah Afghanistan pimpinan Taliban membuat keputusan yang menghalang golongan wanita belajar di universiti. 

Keputusan tersebut diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Afghanistan dan ianya berkuat kuasa serta-merta.

 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending