Connect with us

Terkini

57 peratus kes jangkitan HIV akibat homoseksual, biseksual di Johor

Hubungan homoseksual atau biseksual menyumbang 131 daripada 231 kes jangkitan HIV di Johor sejak awal tahun sehingga kini. 

Wartawan TMT

Published

on

57 peratus kes jangkitan HIV akibat homoseksual, biseksual di Johor
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hubungan homoseksual atau biseksual menyumbang 131 daripada 231 kes jangkitan HIV di Johor sejak awal 2022 hingga kini. 
  • Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, jumlah itu iaitu 56.7 peratus adalah tinggi berbanding faktor lain.
  • “Bagi kes HIV baharu pula golongan lelaki menyumbang 205 kes iaitu 88.7 peratus, manakala wanita 26 kes (11.3 peratus) untuk tempoh itu,” kata Tian Soon.
  • Bagi kes AIDS pula, 274 kes dilaporkan berbanding 198 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.
  • Daripada jumlah itu 67 kes kematian dicatatkan berbanding 46 kes juga bagi tempoh sama tahun lalu. 

JOHOR BAHRU – Hubungan homoseksual atau biseksual menyumbang 131 daripada 231 kes jangkitan HIV di Johor sejak awal tahun sehingga kini. 

Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, jumlah itu iaitu 56.7 peratus adalah tinggi berbanding faktor lain.

“Bagi kes HIV baharu pula golongan lelaki menyumbang 205 kes iaitu 88.7 peratus, manakala wanita 26 kes (11.3 peratus) untuk tempoh itu. 

“Sementara kes HIV membabitkan usia 20 hingga 39 tahun (177 kes atau 76.6 peratus), 50 tahun ke atas (25 kes iaitu 10.8 peratus), 40 hingga 49 tahun (23 kes atau 10 peratus) dan 13 hingga 19 tahun (enam kes atau 2.6 peratus),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, ini diikuti hubungan heteroseksual (91 kes atau 39.4 peratus), perkongsian jarum suntikan (tiga kes atau 1.3 peratus), manakala yang tidak dapat dipastikan puncanya (enam kes atau 2.26 peratus). 

Tian Soon berkata, secara keseluruhan 542 kes HIV dilaporkan di negeri ini dengan 21 kes kematian sehingga kini.

Beliau berkata, bagi kes AIDS pula, 274 kes dilaporkan berbanding 198 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu dan daripada jumlah itu 67 kes kematian dicatatkan berbanding 46 kes juga bagi tempoh sama tahun lalu. 

Sementara itu, Tian Soon berkata, kumulatif kes demam denggi di Johor pada Minggu Epid ke 51/2022 berjumlah 4,076 kes yang mencatatkan peningkatan 133.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 1,747 kes.

Katanya, daripada jumlah itu, 1,452 kes (35.6 peratus) dilaporkan dari lokaliti wabak dan 2,624 kes (64.4 peratus) dari lokaliti bukan wabak. 

Tambahnya, pada Minggu Epid 51/2022 juga, sebanyak 152 kes demam denggi dilaporkan melibatkan 46 kes (30.3 peratus) dari lokaliti wabak dan 106 kes (69.7 peratus) dari lokaliti bukan wabak. 

“Daerah yang melaporkan kes tertinggi adalah Johor Bahru (118 kes atau 77.6 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes diikuti Kulai (sembilan kes iaitu 5.9 peratus, Muar dan Segamat (masing-masing enam kes atau 3.9 peratus). 

“Di Tangkak (empat kes atau 2.6 peratus), Kluang dan Mersing (masing-masing tiga kes atau 2.0 peratus) manakala Batu Pahat, Kota Tinggi dan Pontian (masing-masing satu kes atau 0.7 peratus). 

Kata Tian Soon lagi, tiada kematian dilaporkan dalam minggu itu di seluruh negeri, manakala kumulatif kematian akibat denggi sehingga Minggu Epid 51/2022 merekodkan enam kes berbanding lima kes pada tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

(VIDEO) Pengharmonian undang-undang syariah-sivil, apa langkah kerajaan boleh lakukan?

Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz.
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.
  • Ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang itu akan terkesan, sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan Perlembagaan Persekutuan.
  • “…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.
  • “Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini .

KUALA LUMPUR — Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata untuk itu semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.

Shamrahayu berkata ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang berkenaan akan terkesan sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat bahawa seperti dinyatakan Yang Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan perasmian beliau sekejap tadi bahawa pengharmonian undang-undang ini ataupun pelaksanaan keadilan dalam bidang undang-undang ini bukan sesuatu yang mudah.

“Jadi antara perkara saya sering bicarakan sebelum ini pun ialah bagaimana agensi-agensi kerajaan terutamanya perlu menyatupadukan gerak kerja mereka dan meletakkan agenda yang jelas tentang pengharmonian undang-undang.

“…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.

“Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Ia susulan pembentangan pertama di Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia yang bertajuk, “Mendasari Pengharmonian Syariah-Sivil Ke Arah Pemartabatan Undang-Undang Syariah di Malaysia”, yang telah disampaikan Timbalan Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara, Ramzi Osman.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata langkah lain yang penting dilaksanakan adalah memahamkan para hakim yang bertugas di mahkamah pada peringkat Persekutuan, bukan hanya hakim mahkamah syariah.

“Satu lagi yang saya fikir tidak disebut ialah untuk memperkasakan institusi-institusi atau personnel yang menyumbang kepada pelaksanaan perundangan di mahkamah syariah terutamanya mereka yang menguatkuasakan undang-undang iaitu pengawai penguatkuasa agama dari segi penyiasatannya dan pendakwaannya. 

“Dan saya fikir jika kedua jawatan ini, penguatkuasa dan pendakwaan ini tidak diperkasakan selaras mahkamah syariah maka ia juga tidak akan mendatangkan keharmonian sepatutnya atau yang terbaiknya dalam penguatkuasaan undang-undang syariah,” katanya.

Shamrahayu berkata pelaksanaan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini penting kerana ia adalah untuk mencapai keadilan dan supaya negara ini mempunyai identiti perundangannya sendiri.

“Pengharmonian (undang-undang syariah dan sivil) bermaksud untuk kita mencari sesuatu yang sama dan adil, sekarang ini terdapat perbezaan. 

“Contohnya suatu perkara itu dijenayahkan dalam perundangan syariah, tetapi tidak dijenayahkan dalam perundangan yang diamalkan di peringkat Persekutuan… Jadi untuk mencari kebaikan dalam sesuatu undang-undang itu, maka pengharmonian ini perlu dilakukan,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending