Connect with us

Terkini

UMNO sokong kerajaan perpaduan bukan diterajui PN

UMNO menyokong Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan perpaduan bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil, tetapi bukannya diterajui oleh Perikatan Nasional (PN). 

Wartawan TMT

Published

on

umno-sokong-kerajaan-perpaduan-bukan-diterajui-pn
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • UMNO menyokong BN membentuk kerajaan perpaduan bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil, tetapi bukannya diterajui oleh PN.
  • Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, MKT sebulat suara memutuskan untuk menjunjung titah Agong.
  • Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas tamatnya mesyuarat MT UMNO selama empat jam yang dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • Ahmad berkata, semua wakil Umno yang memenangi kerusi Parlimen akan mematuhi sebarang bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan Agong.

KUALA LUMPUR: UMNO menyokong Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan perpaduan bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil, tetapi bukannya diterajui oleh Perikatan Nasional (PN). 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu dicapai sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang bermesyuarat lewat malam ini dan keputusan dibuat selepas memperhalusi butiran perbincangan yang dijalankan Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional dengan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan.

Pemimpin BN pada Isnin mengadakan pertemuan dengan pimpinan PH dan dengan gabungan PN semalam.

“MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

Mesyuarat itu berlangsung lebih empat jam di Menara Dato Onn. Pemimpin BN pada Isnin mengadakan pertemuan dengan pimpinan PH dan dengan gabungan PN semalam.

Ahmad berkata semua wakil Umno yang memenangi kerusi Parlimen akan mematuhi dan menerima sebarang bentuk kerajaan perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong. 

Sebelum ini, Pengerusi PN mengisytiharkan ia menolak cadangan Seri Paduka yang mencadangkan PN bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan. 

Dalam kenyataan itu juga menyebut MT menyokong Zahid sebagai Presiden UMNO dan menerajui BN sebagai pengerusi.

Perkembangan ini menyusuli undi tidak percaya terhadap Zahid sebagai pengerusi BN oleh presiden MCA, MIC, dan timbalan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah. 

Di sebalik desakan dalam UMNO sendiri, MT mengumumkan ia sebulat suara menyokong Zahid sebagai presiden. 

Selain itu, Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 21-24 Disember ini. – UTUSAN

Sumber: Utusan

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending