Connect with us

Antarabangsa

Umat Islam Britain antara paling teruk terjejas krisis kos sara hidup

Laporan baharu mendedahkan kesan besar krisis kos sara hidup terhadap umat Islam di Britain, demikian lapor Islam Channel.

Wartawan TMT

Published

on

Umat Islam Britain antara paling teruk terjejas krisis kos sara hidup
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 1 daripada 5 orang Islam Britain menggunakan bantuan bank makanan sejak Ogos lalu – Muslim Census.
  • 54 peratus umat Islam Britain menghadapi kesukaran membayar bil utiliti mereka dalam tempoh tiga bulan lalu sehingga ada yang terpaksa ikat perut – Algbra dan Yayasan Zakat Kebangsaan.
  • 3/4 daripada Muslim Britain dilaporkan terjejas kesihatan mental akibat krisis sara hidup.

Laporan baharu mendedahkan kesan besar krisis kos sara hidup terhadap umat Islam di Britain, demikian lapor Islam Channel.

Kajian Muslim Census melaporkan satu daripada lima orang Islam Britain menggunakan bantuan bank makanan sejak Ogos lalu, angka yang meningkat kepada hampir 50 peratus bagi mereka yang berpendapatan rendah, disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Satu daripada empat Muslim Britain dilaporkan memohon bantuan zakat dalam tempoh 12 bulan lalu, manakala dua pertiga daripada Muslim British mendakwa keupayaan mereka untuk membayar bil rumah adalah salah satu kebimbangan utama tentang kestabilan kewangan masa depan mereka.

Dengan 50 peratus penduduk Islam di negara itu dianggap berada dalam kemiskinan, berbanding 18 peratus populasi kebangsaan, penyelidikan itu mengesahkan bagaimana umat Islam terjejas secara tidak seimbang ekoran krisis kos sara hidup.

Kajian yang disokong platform kewangan digital Algbra dan Yayasan Zakat Kebangsaan meninjau lebih 1,500 orang dewasa Islam untuk melihat bagaimana tahun lalu memberi kesan kepada kehidupan mereka – daripada kesejahteraan mental mereka kepada simpanan dan keupayaan mereka untuk membayar bil dan perbelanjaan isi rumah.

Laporan itu mendapati 54 peratus umat Islam Britain mencatatkan beberapa tahap kesukaran untuk membayar bil utiliti mereka dalam tempoh tiga bulan lalu, berbanding satu dalam tiga orang di peringkat kebangsaan.

Untuk menguruskannya, 65 peratus daripada jumlah itu terpaksa membayar beberapa bentuk hutang pada tahun lalu, manakala hampir satu pertiga dari mereka dilaporkan terpaksa ikat perut.

Bukan sahaja kewangan, tiga perempat daripada Muslim Britain dilaporkan terjejas dari segi kesihatan mental akibat krisis itu. 

Hampir 20 peratus menunjukkan kesan sangat ketara, yang meningkat kepada 82 peratus bagi mereka yang berada dalam golongan berpendapatan rendah.

“Kami tahu sistem kewangan semasa tidak melakukan yang mencukupi untuk komuniti itu dan laporan ini menekankan bagaimana komuniti sedemikian terjejas secara tidak seimbang ekoran krisis kos sara hidup,” kata Algbra.

Sumber: Islam Channel

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending