Connect with us

Terkini

‘UEC pilih keluar sistem pendidikan negara, tapi mahu kerajaan tanggung keperluan mereka,’ – Ridhuan Tee

Prof Dr Ridhuan Tee mempersoalkan tindakan ‘tak sedar diri’ Dong Zong tanpa segan silu mendesak kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan peruntukan tahunan – walhal Kabinet belum lagi dibentuk.

Wartawan TMT

Published

on

‘UEC pilih keluar sistem pendidikan negara, tapi mahu kerajaan tanggung keperluan mereka,’ - Ridhuan Tee
Foto: Ridhuan Tee
  • Prof Dr Ridhuan Tee persoalkan tindakan ‘tak sedar diri’ Dong Zong desak kerajaan iktiraf UEC dan peruntukan tahunan – walhal Kabinet belum lagi dibentuk.
  • Tidak cukup itu, Hua Zong minta kerajaan baharu beri peruntukan diperlukan untuk memulihkan tiga universiti dikendalikan komuniti Cina.
  • Tiga universiti itu ialah Southern University College, New Era University College dan Han Chiang University College of Communication, yang kesemuanya menerima RM6 juta selama dua tahun berturut-turut apabila PH berkuasa 2018.
  • Beliau hairan Dong Zong mahu kerajaan tanggung semua keperluan mereka walhal UEC sendiri pilih keluar daripada sistem pendidikan negara.
  • “Sekolah agama kita, semuanya perlu tertakluk kepada keperluan sistem pendidikan negara. Tiba-tiba sijil terlalu perkauman ini, tidak memenuhi keperluan pendidikan negara diminta untuk disahkan dan diberikan peruntukan kekal.
  • “Apapun, semua itu sudah tercatat dalam manifesto PH. Sekali lagi saya ulang, apakah kerajaan pimpinan minoriti PH akan memenuhi kehendak ultra kiasu Dong Zong ini?”

 

BANGI, 3 Jamadilawal 1444H, Isnin – Prof Dr Ridhuan Tee mempersoalkan tindakan ‘tak sedar diri’ Dong Zong tanpa segan silu mendesak kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan peruntukan tahunan – walhal Kabinet belum lagi dibentuk.

Tidak cukup dengan itu, Hua Zong pula meminta kerajaan baharu memberi peruntukan yang diperlukan untuk memulihkan tiga universiti yang dikendalikan oleh komuniti Cina.

Tiga universiti itu ialah Southern University College, New Era University College dan Han Chiang University College of Communication, yang kesemuanya menerima RM6 juta selama dua tahun berturut-turut apabila Pakatan Harapan (PH) berkuasa pada 2018.

Desakan itu sekali gus membuatkan rakyat ternanti-nanti tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini, kata penganalisis politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Ia berikutan berdasarkan manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), gabungan itu mahu meneruskan usaha mengiktiraf UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Persoalannya siapa yang gatal mulut mahu mengiktiraf sijil tersebut kalau bukan PH?

“Kita mahu tengok, apakah PH benar-benar akan mengiktiraf sijil ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau hairan apabila Dong Zong mahu kerajaan menanggung semua keperluan mereka walhal UEC sendiri yang memilih untuk keluar daripada sistem pendidikan negara.

“Sekolah agama kita, semuanya perlu tertakluk kepada keperluan sistem pendidikan negara. Tiba-tiba sijil yang terlalu perkauman ini, yang tidak memenuhi keperluan pendidikan negara diminta untuk disahkan dan diberikan peruntukan kekal.

“Apapun, semua itu sudah tercatat dalam manifesto PH. Sekali lagi saya ulang, apakah kerajaan pimpinan minoriti PH akan memenuhi kehendak ultra kiasu Dong Zong ini?” soalnya.

Prof Ridhuan Tee juga menegaskan bahawa UEC dan kolej universiti dikendalikan komuniti Cina langsung tidak berperlembagaan berbanding sekolah agama yang ada setengahnya ibarat hidup segan mati tak mahu.

“Ini baharu satu contoh, banyak lagi tuntutan lain yang akan dikemukakan oleh ultra kiasu tidak lama lagi. Tunggu dan lihat.

“Rakyat perlu bangun menentang kemungkaran ini. Kolej Universiti dan UEC tidak membantu pembinaan negara bangsa,” tegasnya.

 

Sumber : Isma web

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending