Antarabangsa
Tukar kategori wanita, Transgender tercorot akhirnya menjadi juara rentas desa
Selepas menduduki tempat ke-72 dalam kategori lelaki, seorang pelajar transgender di Seattle Academy, Washington, Amerika Syarikat (AS), akhirnya memenangi acara merentas desa 5km kategori wanita setahun kemudiannya, demikian lapor Fox News.
- Selepas menduduki tempat ke-72 dalam kategori lelaki, seorang pelajar transgender di Seattle Academy, Washington AS akhirnya memenangi acara merentas desa 5km kategori wanita setahun kemudiannya.
- “(Pelajar itu) lebih besar daripada mana-mana gadis, dan tanpa segan silu mengambil tempat pertama di podium,” – Bapa kepada seorang pelajar wanita.
- “Membenarkan (pelajar tersebut) bersaing dengan wanita tulen menyebabkan wanita lain kehilangan peluang untuk bersaing di negeri (yang merupakan masalah besar),” – Jurulatih.
- Persatuan Olahraga Interskolastik Wisconsin (WIAA) memansuhkan semua syarat penilaian perubatan menyatakan atlet transgender boleh mengambil bahagian dalam mana-mana acara mengikut identiti jantina mereka.
Selepas menduduki tempat ke-72 dalam kategori lelaki, seorang pelajar transgender di Seattle Academy, Washington, Amerika Syarikat (AS), akhirnya memenangi acara merentas desa 5km kategori wanita setahun kemudiannya, demikian lapor Fox News.
Seorang jurulatih berkata, “membenarkan (pelajar itu) bersaing dengan wanita tulen menyebabkan wanita lain kehilangan peluang untuk bersaing di negeri (yang merupakan masalah besar),” katanya.
Jurulatih itu berkata pelajar tersebut sepatutnya menduduki tempat ke-56 jika dia bertanding dalam kategori lelaki.
“(Pelajar itu) lebih besar daripada mana-mana gadis dan tanpa segan silu mengambil tempat pertama di podium,” kata bapa salah seorang pelajar wanita yang turut bertanding.
Dia menambah, “Sekarang anak perempuan saya bersaing dengan lelaki untuk mendapatkan biasiswa. Dan kami tidak boleh berkata apa-apa. Anda tidak boleh menegur dengan cara yang baik tanpa dilabelkan sebagai fanatik yang penuh kebencian. Anda akan mendapat ancaman terhadap anda”.
Pada 2007, Persatuan Olahraga Interskolastik Wisconsin (WIAA) menerima pakai pendirian Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang golongan transgender boleh mengambil bahagian dalam sukan kategori jantina baharu mereka dengan syarat mereka menjalani pembedahan dan rawatan hormon sekurang-kurangnya dua tahun.
Sebelas tahun kemudiannya, persatuan itu mengemas kini pendiriannya mengatakan seorang pelajar lelaki yang mengubah jantina kepada perempuan mesti mempunyai dokumen perubatan setahun terapi penghalang testosteron untuk layak menyertai pasukan wanita.
WIAA bagaimanapun memansuhkan semua syarat penilaian perubatan menyatakan atlet boleh mengambil bahagian dalam mana-mana acara mengikut identiti jantina mereka.
Sumber: Fox News
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Terkini1 day ago
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama