Connect with us

Antarabangsa

Tiga individu dipenjara seumur hidup sengaja tembak MH17

Mahkamah Belanda hari ini mensabitkan kesalahan terhadap tiga individu dan membebaskan seorang lagi atas tuduhan menembak jatuh Penerbangan Malaysia, MH17 di ruang udara Ukraine pada 2014.

Wartawan TMT

Published

on

Tiga individu dipenjara seumur hidup sengaja tembak MH17
Foto: Bangkai pesawat MH17
  • Mahkamah Belanda hari ini sabitkan kesalahan tersebut atas tuduhan menembak jatuh Penerbangan Malaysia, MH17 di ruang udara Ukraine pada 2014.
  • Pesalah tersebut adalah 2 rakyat Russia, serta seorang warga Ukraine.
  • Seorang lagi suspek warga Russia didapati tidak bersalah.
  • Ketiga-tiga tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Mereka turut diperintahkan bayar sekurang-kurangnya €16 juta (RM75.26 juta) sebagai pampasan kepada keluarga mangsa.
  • Mahkamah sahkan MH17 ditembak jatuh pada 2014 menggunakan peluru berpandu buatan Russia dilancarkan dari sebuah padang di Ukraine.

 

THE HAGUE, Belanda – Mahkamah Belanda hari ini mensabitkan kesalahan terhadap tiga individu dan membebaskan seorang lagi atas tuduhan menembak jatuh Penerbangan Malaysia, MH17 di ruang udara Ukraine pada 2014.

Rakyat Russia, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta seorang warga Ukraine, Leonid Kharchenko didapati bersalah kerana membunuh dan dengan sengaja menembak jatuh pesawat tersebut.

Seorang lagi suspek warga Russia, Oleg Pulatov didapati tidak bersalah, kata Hakim Hendrik Steenhuis.

Ketiga-tiga tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Mereka turut diperintahkan membayar sekurang-kurangnya €16 juta (RM75.26 juta) sebagai pampasan kepada keluarga mangsa.

Tiada seorang pun daripada suspek berada di mahkamah yang dikawal ketat itu bagi mendengar keputusan, manakala berpuluh-puluh ahli keluarga datang dari seluruh dunia bagi mendengar keputusan hakim selepas perbicaraan yang berlangsung selama dua tahun setengah itu.

Mahkamah turut mengesahkan MH17 ditembak jatuh pada 2014 dengan menggunakan peluru berpandu buatan Russia yang dilancarkan dari sebuah padang di Ukraine.

“Mahkamah memutuskan bahawa MH17 ditembak jatuh melalui tembakan peluru berpandu BUK dari sebuah padang dekat Pervomaisk, yang membunuh semua 298 penumpang dan anak kapal,” kata Steenhuis.

Dalam kejadian pada 17 Julai 2014, kesemua 298 penumpang dan kru terbunuh apabila pesawat Boeing 777 yang berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur itu terkena tembakan di timur Ukraine oleh apa yang dikatakan pendakwa raya sebagai peluru berpandu BUK yang dibekalkan oleh Russia. – AFP

Sumber : Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Transgender diharamkan sertai pertandingan puisi di Russia

Sebuah pertandingan puisi Russia melarang transgender menghantar penyertaan pada tahun ini dalam apa yang dikatakan sebagai usaha untuk melindungi nilai tradisional.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah pertandingan puisi Russia melarang transgender menghantar penyertaan pada tahun ini dalam apa yang dikatakan sebagai usaha untuk melindungi nilai tradisional.
  • Andrei Dementyev All-Russian Poetry Prize dianjurkan Kerajaan Wilayah Tver di barat Russia menerima permohonan hingga akhir April ini daripada penyair “tanpa mengira kewarganegaraan, profesion dan tempat tinggal”.
  • Bagaimanapun, mengikut peraturan disiarkan di laman web pertubuhan puisi tempatan, pertandingan itu secara jelas menyekat “warganegara yang menukar jantina mereka”. 
  • Penganjur pertandingan dipetik Reuters berkata, langkah itu adalah usaha untuk “memelihara idea perkahwinan, keluarga, keibuan, keibubapaan dan zaman kanak-kanak yang tradisional bagi masyarakat Russia”.
  • Di bawah pentadbiran Presiden Vladimir Putin, Russia terlibat dalam tindakan keras terhadap hak LGBTQ, menggambarkan mereka sebagai ciptaan Barat yang mengancam nilai tradisional Russia.
  • Russia tahun lalu mengharamkan pembedahan perubahan jantina dan terapi hormon dan melarang golongan transgender daripada mengambil atau mengasuh kanak-kanak.

Sebuah pertandingan puisi Russia melarang transgender menghantar penyertaan pada tahun ini dalam apa yang dikatakan sebagai usaha untuk melindungi nilai tradisional.

Andrei Dementyev All-Russian Poetry Prize dianjurkan Kerajaan Wilayah Tver di barat Russia menerima permohonan hingga akhir April ini daripada penyair “tanpa mengira kewarganegaraan, profesion dan tempat tinggal”.

Bagaimanapun, mengikut peraturan disiarkan di laman web pertubuhan puisi tempatan, pertandingan itu secara jelas menyekat “warganegara yang menukar jantina mereka”. 

Penganjur pertandingan dipetik Reuters berkata, langkah itu adalah usaha untuk “memelihara idea perkahwinan, keluarga, keibuan, keibubapaan dan zaman kanak-kanak yang tradisional bagi masyarakat Russia”.

Pertandingan sebelum ini tidak menetapkan larangan ke atas peserta transgender, lapor saluran berita bebas Russia, Mediazona.

Di bawah pentadbiran Presiden Vladimir Putin, Russia terlibat dalam tindakan keras terhadap hak LGBTQ, menggambarkan mereka sebagai ciptaan Barat yang mengancam nilai tradisional Russia.

Russia pada tahun lalu mengharamkan pembedahan perubahan jantina dan terapi hormon dan melarang golongan transgender daripada mengambil atau mengasuh kanak-kanak. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending