Connect with us

Terkini

Tiada kelayakan, aktivis tolak KJ dicalon sebagai Menteri Kesihatan

Pengundi sudah tolak Khairy Jamaluddin, yang tiada kelayakan sebagai pengamal perubatan maka Menteri Kesihatan sepatutnya dilantik daripada pakar dalam bidang kesihatan dan individu lebih layak.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada kelayakan, aktivis tolak KJ dicalon sebagai Menteri Kesihatan
Foto: Khairy Jamaluddin (kanan), Aktivis masyarakat (kiri)
  • “Rakyat dah buat pilihan jangan bawa masuk balik. Pilih Menteri Kesihatan, perlu pertimbangkanlah banyak aspek yang to health, bukannya hanya vaksin-vaksin-vaksin itu hanya satu marketing strategy berdekad lamanya yang telah berjaya.”
  • “Kita nak menteri yang fikir masa lockdown itu tak boleh keluar, exercise tak boleh that make you worst  so we want a health system a health minister who think all this things. Mental health, fizikal dan pemakanan. A balanced approach. “
  • You suggest all he did is do a good job gonna make him a minister again. Kagum dengan pakaran dia. Pakaran apa? Apa perubahan pada sistem kesihatan negara, tak ada. Apa yang dia berjaya hanya push the vaccine, betul ke tak I nak tanya?’ What do you all see?”
  • Kenyataan itu dikeluarkan seorang wanita difahamkan aktivis masyarakat menerusi  video di muat naik pemilik akaun Tiktok @minaqjinggotvJinggo-TV.

KUALA LUMPUR – Pengundi sudah tolak Khairy Jamaluddin, yang tiada kelayakan sebagai pengamal perubatan maka Menteri Kesihatan sepatutnya dilantik daripada pakar dalam bidang kesihatan dan individu lebih layak.

Kenyataan itu dikeluarkan pemilik akaun Tiktok @minaqjinggotvJinggo-TV menerusi satu perkongsian video berdurasi dua minit 17 saat yang dimuat naik pada Selasa.

Dalam video itu, terdapat seorang individu yang difahamkan seorang aktivis masyarakat mengatakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), rakyat telah membuat pilihan untuk menolak Mantan Menteri Kesihatan itu jadi tidak seharusnya kita mengekalkan atau mengembalikan Khairy Jamaluddin pada posisi tersebut.

“Rakyat dah buat pilihan jangan bawa masuk balik. Pilih Menteri Kesihatan, perlu pertimbangkanlah banyak aspek yang to health, bukannya hanya vaksin-vaksin-vaksin itu hanya satu marketing strategy berdekad lamanya yang telah berjaya. 

“Kita nak menteri yang fikir masa lockdown itu tak boleh keluar, exercise tak boleh that make you worst  so we want a health system a health minister who think all this things. Mental health, fizikal dan pemakanan. A balanced approach

So jangan pungut balik sampah…tisu yang kita dah buang dah,” kata aktivis wanita itu.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan kelayakan dan kejayaan Khairy di sepanjang memegang posisi menteri kesihatan sejak Ogos 2021 hingga November 2022 yang disifatkan tidak membawa sebarang perubahan.

Aktivis itu mendakwa, Khairy mendapat posisi itu selepas berlakunya Langkah Sheraton namun Khairy dikatakan bertindak menekan ramai individu selama beberapa tahun hingga akhirnya pada PRU15 beliau secara sah telah dikeluarkan.

“Ingat tak Langkah Sheraton tu? Dia dah masuk pintu belakang jadi menteri kesihatan so sekarang nak torture so many people so many years and then ini pilihan raya ini secara sah dia dah dikeluarkan jadi kenapa orang yang kita beri mandat ini rasanya lah rakyat bagi mandat sebab PH banyak lagi vote

You suggest all he did is do a good job gonna make him a minister again. Kagum dengan pakaran dia. Pakaran apa? Apa perubahan pada sistem kesihatan negara, tak ada. Apa yang dia berjaya hanya push the vaccine, betul ke tak I nak tanya?’ What do you all see?

“Do I see a change if I go to the hospital? You go to Serdang Hospital tiada sebarang perubahan. So, kenapa PH ini membelakangkan macam meludah pada rakyat you know and said oh we’re gonna take this guy because we think he is good or he is your old buddy. 

“If these are the people that we think will bring him back kawan-kawan baik dia yang jumpa buddy-buddy ini,” katanya.

Difahamkan juga, aktivis itu ditemu bual ketika menghadiri satu sidang media yang diadakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Sabtu.

Sidang media itu diadakan bagi mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan salah guna kuasa pembelian vaksin COVID-19 yang dikatakan didalangi tampuk kepemimpinan pentadbiran terdahulu.

 

Sumber : Tiktok @minaqjinggotvJingo-TV

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending