Connect with us

Antarabangsa

Thailand: Kuil kosong selepas empat sami, termasuk ketuanya, positif dadah

Sebuah kuil Buddha di Thailand ditinggalkan kosong selepas semua sami gagal dalam ujian pengesanan dadah.

Wartawan TMT

Published

on

Thailand: Kuil kosong selepas empat sami, termasuk ketuanya, positif dadah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah kuil Buddha di Thailand ditinggalkan kosong selepas empat sami termasuk seorang ketua sami gagal dalam ujian pengesanan dadah.
  • Pegawai daerah Bung Sam Phan di wilayah Phetchabun, Boonlert Thintapthai berkata semua sami dihantar ke klinik kesihatan untuk menjalani terapi pemulihan dadah.
  • “Kuil itu kini kosong, tiada sami dan penduduk kampung berhampiran bimbang mereka tidak dapat membuat sebarang merit,” katanya.
  • Thailand merupakan negara transit utama untuk methamphetamine dan di jalanan, dadah itu dijual kurang dari 20 baht (sekitar RM2.53).

PHETCHABUN – Sebuah kuil Buddha di Thailand ditinggalkan kosong selepas semua sami gagal dalam ujian pengesanan dadah.

Empat sami termasuk seorang ketua sami di sebuah kuil di daerah Bung Sam Phan, wilayah Phetchabun didapati positif dadah jenis methamphetamine, kata pegawai daerah, Boonlert Thintapthai.

“Semua sami dihantar ke klinik kesihatan bagi menjalani terapi pemulihan dadah.

“Kuil itu kini kosong, tiada sami dan penduduk kampung berhampiran bimbang mereka tidak dapat membuat sebarang merit,” katanya seperti dipetik ABS CBN News.

Merit merujuk kepada amalan penganut Buddha menyumbang makanan kepada sami sebagai perbuatan baik.

Boonlert berkata lebih ramai sami akan dihantar ke kuil untuk membolehkan penduduk kampung menjalankan kewajipan mereka.

Thailand merupakan negara transit utama untuk methamphetamine – paling banyak dari negeri Shan.

Di jalanan, dadah itu dijual kurang dari 20 baht (sekitar RM2.53).

Pihak berkuasa di seluruh Asia Tenggara membuat rekod rampasan dadah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber: ABS CBN News

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending