Connect with us

Terkini

Sekularisme ideologi pilihan anak muda, ahli politik di Malaysia?

Sekularisme antara ideologi yang sekian lama telah menjadi pilihan mereka yang menganggap mencampuradukkan antara kehidupan dan agama akan mengucar-ngacirkannya lagi.

Hidayah Sani

Published

on

Sekularisme idealogi pilihan anak muda, ahli politik di Malaysia?
Foto: Gambar sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sekularisme antara ideologi yang sekian lama telah menjadi pilihan mereka yang menganggap mencampuradukkan antara kehidupan dan agama akan mengucar-ngacirkannya lagi.

Ideologi yang sewajarnya ditolak oleh penganut agama Islam ini malangnya telah mendapat tempat di hati sebilangan daripada kita tanpa sedar sedangkan ia bertentangan dengan Islam.

Malah, peguam dan aktivis kontroversi, Siti Zabedah Kasim sebelum ini dilaporkan mahu memisahkan agama daripada pendidikan kerana dia berpendapat pengajian agama perlu diketepikan dan lebih memfokuskan kepada subjek Sains, Matematik dan pengajian bahasa.

Pemahaman ini bukan sekadar berlaku dalam kalangan penganut agama Islam bahkan agama lain turut berhadapan konflik yang sama apabila trend sekularisme terus mencabar prinsip dan nilai utama dalam akidah serta akhlak.

Bolehkah pisahkan agama dengan pentadbiran?

Bagi Presiden ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, sebagai penganut agama Islam kita tidak memisahkan antara agama dengan pentadbiran, pendidikan, politik, mahupun sistem pemerintahan ataupun apa sahaja perkara yang disifatkan barat sebagai urusan dunia .

Ini berikutan, salah satu tujuan pentadbiran negara itu sendiri adalah untuk memastikan negara berjalan di atas landasan agama dan membawa manusia ke arah kepatuhan syariah.

Tambahnya, jika manusia hanya menjadikan akal sebagai panduan dalam mengurus kehidupan maka wujudlah golongan yang membenarkan LGBTQ, gaya hidup bebas dan kezaliman.

Seiring itu, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Pusat Bahasa, UIAM, Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim juga menegaskan agama dan pentadbiran tidak boleh dipisahkan kerana Islam agama sempurna.

Jelasnya, “Islam memberi panduan untuk semua perkara termasuk pentadbiran dan politik. Contoh terbaik adalah Rasulullah SAW yang mampu menjadi pemimpin agama dan pemimpin negara malah selepas sampai ke Madinah baginda buat Piagam Madinah yang mana dalamnya ada berbagai isu. 

Isu local dan international pentadbiran pengurusan kesemuanya dia masuk. Tak boleh dipisahkan.”

Beliau turut berkata bahawa Islam adalah agama yang sempurna merangkumi kesemua aspek. Justeru,  agama dan pemerintahan pentadbiran tak boleh dipisahkan serta kita tidak boleh melabelkan Islam penyebab kepada kemunduran kerana seharusnya ketika melihat sesetengah negara itu kita perlu melihat Islam itu sendiri bukan apa dilakukan oleh orang Islam.

Malaysia fasa bertahan dari gerakan sekularisme

Ustaz Fauzi berpandangan, Malaysia sedikit beruntung kerana mempunyai satu Perlembagaan yang walaupun dari satu sudut ia agak bercampur-campur iaitu ada beberapa perkara dikekalkan terkait sejarah Islam dan dalam masa sama terdapat juga unsur barat dalam Perlembagaan kita.

Dalam Perlembagaan di negara kita, Islam adalah agama  persekutuan, bahasa Melayu jadi bahasa kebangsaan negara malah diperuntukkan juga kedudukan orang Melayu serta kekalkan kesultanan Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri dan YDPA sebagai ketua umat Islam  bagi negeri-negeri yang tidak ada sultan.

Bagaimanapun katanya, kita tidak patut merasa begitu selesa dan yakin bahawa kita tidak akan berubah, kerana cubaan mengubah negara ini sebagai negara sekular sentiasa berlaku daripada sebelum kemerdekaan sampai hari ini termasuk penjajahan sebelum ini yang juga satu usaha jadikan Malaysia negara sekular.

Tambahnya, Malayan Union, seruan ‘Malaysian Malaysia’, ICERD serta gerakan Comango yang dianggotai lebih daripada 50 NGO yang berusaha mensekularkan negara.

“Sekular ini sebenarnya wujud di mana-mana sahaja kalau kita tengok dalam agensi kerajaan pun ada orang yang berfikiran sekular pembangkang pun jadi mereka ini wujud di banyak tempat jadi kita tak boleh kumpulan ini terpencil atau tidak punyai pengaruh.

“Cuma disebabkan kekuatan budaya dalam masyarakat kita, sekular tidak boleh menonjol. 

“Sebagai contoh golongan sekuler ini pernah buat tuntutan Comango itu berlaku sekali sekala. Mereka juga adakala melaung hak-hak LGBT. Mereka konsisten, kumpulan itu wujud dan kita tidak boleh memandang sepi berkenaan mereka,” kata beliau.

Dalam pada itu, Ustaz Abdullah Bukhari juga tidak menafikan politik di Malaysia hanya terlihat tidak mengamalkan sekular namun sebetulnya ia wujud dalam kalangan ahli politik.

Beliau turut mendakwa terdapat ahli politik yang telah merosakkan sistem negara dengan korupsi dalam usaha menghalalkan matlamat mereka di mana ia dilihat sebagai tindakan sekular apabila agama hanya dijadikan ritual semata-mata.

Merujuk kepada buku tulisan Prof. Emeritus Tan Sri Dr Kamal Hassan berkenaan ‘Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu Perlunya Disegerakan Transformasi Moral-Etika’, beliau berpandangan kita kena kembali kepada sudut pandang tauhid maksudnya kita percaya Allah satu-satunya tuhan yang berkuasa dan semua kita buat di dunia ini dalam pengetahuan tuhan dan Islam beri panduan. 

Jelasnya lagi, kalau tidak ikut kehendak Allah sebagai satu-satu tuhan DIA ada audit yang boleh membawa seorang itu ke neraka. Pendek kata tulisan buku itu ingin menegaskan bahawa politik adalah ibadah jadi sebelum bertindak harus memikirkan halal haram dosa pahala.

Turki dan Perancis maju material, mundur rohani angkara sekularisme

Menurut Ustaz Fauzi di antara kedua-dua negara itu mempunyai pengalaman berbeza iaitu satunya berlaku di sebuah negara yang menolak Kristian sementara satu lagi disebabkan terkesan dengan pemikiran sekularisme barat dan asing daripada revolusi Eropah.

Katanya, Eropah menolak agama hasil daripada satu pengalaman perit mereka apabila agama digunakan oleh pemerintah terdahulu untuk mengukuhkan kekuasaan mereka serta bertindak kejam dan zalim kepada masyarakat.

Penolakan itu menyaksikan berlakunya revolusi Perancis, Jerman hingga akhirnya mereka meruntuhkan istana dan gereja sebelum membangunkan sebuah ketamadunan ataupun negara yang berlandaskan pemikiran semata-mata tanpa merujuk kepada agamawan, kitab-kitab suci, gereja dan kehidupan beragama.

Ustaz Fauzi mengatakan kesan daripada apa berlaku di Perancis sebenarnya menyaksikan negara yang disifatkan kota cinta itu berhadapan dengan masalah baharu yang jauh lebih teruk.

“Ketika mereka berada dalam cengkaman agamawan mereka berada dalam satu masalah tetapi apabila mereka menolak agama dan bergerak menggunakan akal semata-mata mereka masuk dalam masalah lain pula. 

“Mereka hilang panduan hidup kerana akal manusia tidak akan mampu untuk menyusunkan kehidupan manusia dan pentadbiran negara dengan baik kerana keterbatasan yang ada pada akal manusia. 

“Akal manusia yang dijadikan sebagai panduan barat itu sendiri tidak boleh dikawal oleh nafsu akhirnya mereka membenarkan LGBT, gaya hidup bebas dan membenarkan kezaliman dalam bentuk lain pula malah terdapat mereka berdepan golongan kapitalis yang mencengkam golongan kecil,” katanya pada Rabu.

Sementara, Turki yang dulu antara sebuah ibu negara Islam, yang menaungi negara-negara Islam lain akhirnya dengan kehadiran Kamal Attartuk telah hilang keupayaan dan tenggelam banyak masalah selepas sekularisme diperkenalkan.

“Kamal Attartuk menolak nilai-nilai Islam kononnya ambil dari semangat Eropah di mana mungkin dia merasakan Eropah maju dengan menolak agama lalu dia tolak Islam dan bawa sekularisme. Akhirnya kita lihat satu keadaan tidak menentu juga berlaku di Turki,” kata beliau.

Bagaimanapun katanya, Turki ada kelebihan apabila terdapat golongan agamawan, pendakwah dan ahli politik yang sentiasa berusaha untuk mengekalkan Turki kepada bentuk asal.

Pada masa sama, Ustaz Abdullah Bukhari  juga mengatakan kedua-dua negara tersebut maju secara material tapi mereka mundur secara rohani ekoran komponen diperlukan manusia ada aspek fizikal dan rohani ataupun panduan dari Islam untuk mengurus tadbir semua perkara termasuk pentadbiran negara.

Anak muda malas sambung belajar, kesan sekularisme?

Satu perkara yang wajar kita khuatirkan ketika ini adalah apabila kesan sekularisme di negara kita hari ini agak membimbangkan terutama bagi anak muda.

Ustaz Fauzi berkata, pemikiran-pemikiran sekularisme dan sebagainya, yang bertentangan  dengan nilai agama ia masuk melalui media sosial malah sukar untuk mengawalnya berikutan ia disebarkan menerusi media sosial seperti TikTok. 

“Golongan muda sudah tidak mahu sambung pembelajaran contohnya,  ini kerana mereka rasa tidak perlu ambil beban apa-apa dalam hidup dan itu adalah satu yang akan merugikan negara sebab golongan muda akan mempunyai daya ketahanan rendah. 

“Cukup dapat duit sekian-sekian dia rasa dah cukup. Tapi sebenarnya dia tak membangunkan negara pun,” kata beliau yang turut menambah bahawa akhirnya generasi muda ini akan menjadi alat kapitalis sahaja bagi memuaskan atau memenuhi keperluan pasaran ekonomi bukannya untuk pembangunan negara kerana mereka disifatkan tidak mampu.

Justeru, beliau mengatakan kesan sekularisme ini sangat besar kerana ia bukan hanya akan menghancurkan moral seseorang bahkan menyebabkan negara itu tepu. 

Tambahnya, negara tidak akan mempunyai sebarang daya ketahanan untuk berdaya saing dengan mana-mana persaingan di alam nyata pada masa akan datang.

Berikutan itu juga beliau menegaskan sebarang bentuk pemikiran luar terutama sekular sewajarnya kita senaraikan sebagai ancaman kepada negara kita kena uruskan dengan satu pengurusan baik supaya ianya tidak menyesatkan generasi muda dan mengubah negara.

“Kerajaan kena bertegas betul-betul untuk mempertahankan Perlembagaan kita sekarang. Kita akan berhadapan PRU15 jadi diharapkan kerajaan yang akan naik adalah kerajaan yang stabil mampu pertahankan perlembagaan Malaysia dan mengukuhkan kedudukan Islam, Melayu dan Diraja serta seumpamanya dalam Perlembagaan tersebut dan negara,” kata beliau.

Ringkasnya, sekularisme dan kesemua ideologi sesat ini sudah pun menghantui anak bangsa kita dari pelbagai aspek namun adakala kita sendiri tidak sedar. Adakah kita sekadar ingin menelah sejarah Perancis dan Turki tanpa mengambil iktibar darinya? – The Merdeka Times

Author

Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending