Connect with us

Antarabangsa

Rusia bakal haramkan khidmat ibu tumpang

Rusia bakal menguatkuasakan undang-undang menghalang warga asing daripada menggunakan khidmat ibu tumpang dalam kalangan rakyatnya. 

Wartawan TMT

Published

on

Rusia bakal haramkan khidmat ibu tumpang
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rusia bakal kuatkuasakan undang-undang halang warga asing guna khidmat ibu tumpang dalam kalangan rakyatnya. 
  • Larangan itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat di Parlimen, Vyacheslav Volodin, baru-baru ini.
  • Khidmat ibu tumpang berbayar sah di Rusia tetapi dikritik kumpulan agama sebagai mengkomersialkan kelahiran kanak-kanak.
  • Kira-kira 45,000 bayi dilahirkan ibu tumpang dibawa ke luar negara sejak beberapa tahun lalu. 
  • “Pemerdagangan kanak-kanak tidak boleh diterima,” – Speaker Dewan Rakyat di Parlimen

Moscow – Rusia bakal menguatkuasakan undang-undang menghalang warga asing daripada menggunakan khidmat ibu tumpang dalam kalangan rakyatnya. 

Larangan itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat di Parlimen, Vyacheslav Volodin, baru-baru ini.

Khidmat ibu tumpang berbayar adalah sah di Rusia tetapi amalan itu dikritik oleh kumpulan agama sebagai mengkomersialkan kelahiran kanak-kanak.

“Segala-galanya mesti dilakukan untuk melindungi kanak-kanak dengan melarang warga asing menggunakan perkhidmatan ibu tumpang.

“Kami akan membuat keputusan ini pada awal Disember,” kata Volodin dalam aplikasi Telegram. 

Beliau berkata, kira-kira 45,000 bayi yang dilahirkan oleh ibu tumpang dibawa ke luar negara sejak beberapa tahun lalu. 

“Pemerdagangan kanak-kanak tidak boleh diterima,” tambahnya.

Penggubal undang-undang Rusia meluluskan rang undang-undang itu hampir sebulat suara dalam bacaan pertamanya pada Mei. 

Jika diluluskan dalam bacaan ketiga terakhir, ia akan disemak oleh dewan atas di Parlimen dan ditandatangani menjadi undang-undang oleh Presiden Vladimir Putin.

Kerajaan Ukraine mendakwa, Rusia mengusir secara paksa lebih 12,000 kanak-kanak Ukraine sejak menceroboh jirannya pada Februari, manakala 440 orang mati dalam perang dan ratusan hilang.

Rusia menafikan pengusiran paksa, mengatakan pergerakan orang ke Rusia dari Ukraine adalah untuk melindungi orang awam daripada askar Ukraine.

Sumber : Harian Metro

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending