Connect with us

Terkini

Polis adakan sekatan jalan raya 24 jam di seluruh negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan sekatan jalan raya (SJR) di
lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara secara penugasan 24 jam bermula
Selasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Polis adakan sekatan jalan raya 24 jam di seluruh negara
Foto: Gambar sekadar hiasan.

● PDRM melancarkan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik di setiap daerah di
seluruh negara secara penugasan 24 jam sejak semalam.
● Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, itu adalah sebahagian
daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap
‘omnipresence’.
● “Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan
SJR akan dijalankan pada waktu puncak pada siang hari,” katanya.
● Acryl Sani jamin tahap keselamatan adalah terkawal dan meminta orang ramai untuk
bertenang.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan sekatan jalan raya (SJR) di
lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara secara penugasan 24 jam bermula
Selasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, langkah mendirikan SJR itu
adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap
‘omnipresence’ bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan
dijalankan pada waktu puncak pada siang hari,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Acryl Sani berkata, orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan
yang diberikan ketika melalui SJR, terutama di luar waktu puncak.
“Masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian kerana PDRM memberi
jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *