Connect with us

Terkini

Penyokong Zahid naikkan sepanduk “lawan tetap lawan” di PWTC

Sekumpulan 50 ahli Umno berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menzahirkan sokongan kepada Ahmad Zahid Hamidi supaya kekal sebagai presiden parti.

Wartawan TMT

Published

on

Penyokong Zahid naikkan sepanduk “lawan tetap lawan” di PWTC
Foto: 50 ahli UMNO yang berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyokong Ahmad Zahid Hamidi.
  • Sekumpulan 50 ahli UMNO berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  bagi zahirkan sokongan kepada Zahid kekal sebagai presiden parti.
  • Salah satu sepanduk dinaikkan tertera perkataan “lawan tetap lawan”, sorakan popular yang dibuat penyokong PKR dan pemimpinnya, termasuk Anwar Ibrahim.
  • Jurucakap kumpulan, Ramalan Yunus mendakwa BN tidak “kalah” dalam PRU ini, bahkan ada pemenang pilihan raya jika gabungan itu kalah dan tiada satu parti dapat majoriti untuk bentuk kerajaan.
  • “Presiden perlu kekal jadi presiden dan pengerusi BN,” kata Ramalan.

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 50 ahli Umno berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menzahirkan sokongan kepada Ahmad Zahid Hamidi supaya kekal sebagai presiden parti.

Salah satu sepanduk yang dinaikkan oleh orang ramai tertera perkataan “lawan tetap lawan”, sorakan popular yang dibuat oleh penyokong PKR dan pemimpinnya, termasuk Anwar Ibrahim.

Ramalan Yunus, jurucakap kumpulan itu, menggesa mereka yang menentang Zahid supaya berhenti mendesak presiden Umno itu untuk meletakkan jawatan.

Dia mendakwa BN tidak “kalah” dalam pilihan raya umum yang berakhir baru-baru ini, sambil berkata akan ada pemenang pada pilihan raya jika gabungan itu kalah dan tiada satu pun parti yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.

“Presiden perlu kekal jadi presiden dan pengerusi BN,” kata Ramalan.

PRU15 menyaksikan BN hanya mendapat 30 kerusi menyebabkan anggota kepimpinan parti itu menggesa Zahid melepaskan jawatan antaranya – Pengerusi Umno Selangor Noh Omar, Naib Ketua Pemuda Umno Shahril Sufian Hamdan dan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.

MCA juga menggesa Zahid meletakkan jawatan sebagai pengerusi BN, sambil memetik suratnya kepada Yang di-Pertuan Agong yang menyatakan sokongan gabungan itu kepada Anwar sebagai perdana menteri.

Advertisement

Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon berkata surat ini bertentangan dengan pendirian BN untuk tidak menyokong sesiapa pun membentuk kerajaan dan kekal sebagai pembangkang.

MCA, MIC dan PBRS mengemukakan ketetapan undi tidak percaya terhadap Zahid susulan tindakannya yang didakwa mengkhianati keputusan dicapai menerusi mesyuarat Dewan Tertinggi BN sebelum ini.

Sumber : Free Malaysia Today

 

Terkini

Pemimpin UMNO perlekeh Melayu-Islam di mesyuarat MKT – Dira Abu Zahar

Kepentingan orang Melayu-Islam di Malaysia diperlekeh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri sewaktu Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang diadakan pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin UMNO perlekeh Melayu-Islam di mesyuarat MKT - Dira Abu Zahar
Foto: Datuk Khaidhirah Abu Zahar.
  • Dakwaan itu dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar menerusi hantaran di stories Instagram miliknya semalam.
  • “Masih terngiang-ngiang di telinga, jelas di mata… suara-suara pemimpin UMNO yang memperlekehkan kepentingan orang Melayu Islam di Malaysia ini dalam meeting MKT semalam”.
  • Khaidhirah turut memetik beberapa petikan ayat difahamkan daripada pemimpin UMNO yang didakwa iaitu, “Tak perlu dah jaga orang Melayu ini.” dan “All this are bullshit.

KUALA LUMPUR – Kepentingan orang Melayu-Islam di Malaysia diperlekeh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri sewaktu Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang diadakan pada Rabu.

Dakwaan itu dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar menerusi hantaran di stories Instagram miliknya semalam.

“Masih terngiang-ngiang di telinga, jelas di mata… suara-suara pemimpin UMNO yang memperlekehkan kepentingan orang Melayu Islam di Malaysia ini dalam meeting MKT semalam,” kata beliau dalam hantaran IG itu.

Tangkap layar hantaran story Instagram Dira Abu Zahar

Foto: Tangkap layar hantaran story Instagram Dira Abu Zahar

Khaidhirah turut memetik beberapa petikan ayat yang difahamkan daripada pemimpin UMNO yang didakwa iaitu, “Tak perlu dah jaga orang Melayu ini.” dan “All this are bullshit.

Difahamkan, Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dimaksudkan adalah pada 23 November 2022 yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn.

Mesyuarat itu diketuai oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berakhir dengan kata putus bahawa parti gabungan itu akan menyokong dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya BN menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

Turut hadir sama, adalah Datuk Seri Ahmad Maslan (Setiausaha Agung UMNO), Datuk Seri Mohamad Hasan (Timbalan Pengerusi BN), Datuk Bung Mokhtar Radin (Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan), dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO iaitu Isham Abdul Jalil, Datuk Jalaluddin Alias, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, serta Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad. – The Merdeka Times

Sumber: Instagram Dira Abu Zahar

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending