Connect with us

Antarabangsa

Penerbit Eksekutif ‘Joyland’, Malala Yousafzai pertahan filem LGBT di Pakistan

Penerbit Eksekutif “Joyland”, Malala Yousafzai mempertahankan filem songsang arahan Saim Sadiq selepas diharamkan di Punjabi.

Wartawan TMT

Published

on

Penerbit Eksekutif 'Joyland', Malala Yousafzai pertahan filem LGBT di Pakistan
  • Malala Yousafzai tampil mempertahankan filem songsang “Joyland” arahan Saim Sadiq selepas diharamkan di Punjabi, Pakistan.
  • Malala yang juga penerbit eksekutif Joyland berkata dengan pengharaman filem ini, pihaknya terpaksa menolak bakat hebat artis dari Pakistan.
  • “Mesej macam mana kita nak berikan kepada generasi akan datang, seperti Sadiq mahu membuat filem di Karachi atau Swat Valley, jika seni ini diharamkan oleh orang kita sendiri?,” katanya.
  • Menurut sinopsis dipetik dari laman web Festival Filem Cannes, Joyland mengisahkan tentang cinta songsang antara  seorang lelaki dan bintang transgender muda yang ditemuinya selepas menyertai teater tarian erotik.

INDIA – Penerbit Eksekutif “Joyland”, Malala Yousafzai mempertahankan filem songsang arahan Saim Sadiq selepas diharamkan di Punjabi.

Menurutnya, dengan pengharaman filem ini, pihaknya terpaksa menolak bakat hebat artis dari Pakistan.

“Banyak pencapaian kami yang cemerlang dan terbaik— daripada Kumail Nanjiani hingga Kamilia Shamsie hingga Shahzia Sikander — mencipta banyak kejayaan di Amerika Syarikat.

“Mesej macam mana kita nak berikan kepada generasi akan datang, seperti Sadiq mahu membuat filem di Karachi atau Swat Valley, jika seni ini diharamkan oleh orang kita sendiri?,” katanya dipetik PinkNews.

Filem “Joyland” disekat tayangannya oleh Kementerian Penerangan dan Penyiaran Pakistan selepas menerima aduan bertulis mengenai “bahan sangat dibantah” yang bertentangan dengan “prinsip moral dan kesopanan” masyarakat di negara itu.

Walaupun kerajaan Pakistan melakukan pusingan-U berhubung keputusan ini pada Rabu lalu, Jabatan Penerangan dan Kebudayaan Punjab masih mengekalkan pengharaman filem kontroversi ini.

Ini bermakna filem “Joyland” tidak akan ditayangkan di mana-mana wilayah Punjab, termasuk di Lahore.

Menurut sinopsis dipetik dari laman web Festival Filem Cannes, Joyland mengisahkan tentang cinta songsang antara  seorang lelaki dan bintang transgender muda yang ditemuinya selepas menyertai teater tarian erotik.

Sumber: PinkNews

 

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending