Connect with us

Antarabangsa

Penduduk Madhya Pradesh dakwa diperdaya jual tanah oleh kumpulan Hindu guna nama Muslim

Sebuah organisasi dengan nama Urdu dituduh memperdayakan penduduk tempatan untuk mendapatkan lebih 200 ekar tanah di Khargone, Madhya Pradesh.

Wartawan TMT

Published

on

Penduduk Madhya Pradesh dakwa diperdaya jual tanah oleh kumpulan Hindu guna nama Muslim
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penduduk tempatan di Madhya Pradesh mendakwa terperdaya dan menjual lebih 200 ekar tanah mereka kepada sebuah organisasi yang menggunakan nama Muslim.
  • Organisasi itu diketuai pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), Ranjeet Singh Dandir menggunakan nama “Tanzeem-e-Zarkhez” pada awalnya, namun menukarnya kepada “Yayasan Profesor PC Mahajan” pada 2007 selepas perjanjian jual beli dilaksanakan.
  • Penduduk mendakwa diberitahu tanah itu akan dijadikan kawasan Muslim dan kemudahan seperti pusat penyembelihan, Jawatankuasa Haji, tanah perkuburan dan lain-lain akan dibangunkan di situ, namun berlaku sebaliknya.
  • Tanah itu ada yang dijual serendah ₹40,000 (RM2,229) bagi seluas lima ekar.

Sebuah organisasi dengan nama Urdu dituduh memperdayakan penduduk tempatan untuk mendapatkan lebih 200 ekar tanah di Khargone, Madhya Pradesh.

Memetik laporan NDTV, kebanyakan penduduk yang menjual tanah kepada mereka di pinggir bandar itu pada tahun 2000-an adalah petani kecil yang kini merasa tertipu selepas koloni perumahan terbentuk di kawasan itu.

Menurut penduduk, pada awalnya mereka diberitahu yang kawasan itu akan menjadi kawasan Muslim. Mereka yang merasa tertipu telah menghubungi polis meminta agar siasatan dijalankan segera.

Mereka juga menyangkakan ejen yang menemui mereka adalah seorang Muslim. 

Seorang petani, Nandkishore Kushwaha berkata, “saya menjual tanah saya pada 2004 apabila seorang lelaki bernama Zakir datang dan berkata dia telah membeli semua tanah di sekeliling kami.

“Dia memberitahu kami akan ada pusat penyembelihan di sini tidak lama lagi. ‘Jual tanah anda kepada orang Islam kerana masyarakat itu masih menetap di sini,’ kami diberitahu”.

Dia menjual lima ekar tanahnya pada harga ₹40,000 (RM2,229).

Ada juga penduduk lain yang mendakwa diberitahu Jawatankuasa Haji akan ditubuhkan dan tanah perkuburan juga disediakan di kawasan itu.

Daripada 200 ekar, 150 ekar telah dibeli daripada 11 individu atau organisasi. Selebihnya adalah milik petani kecil.

Organisasi diketuai pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), Ranjeet Singh Dandir menggunakan nama “Tanzeem-e-Zarkhez” pada awalnya, namun menukarnya kepada “Yayasan Profesor PC Mahajan” pada 2007 selepas perjanjian jual beli dilaksanakan.

Bagaimanapun pegawainya menafikan sebarang dakwaan penipuan.

“Kami hanya menggunakan tanah itu untuk tujuan yang baik,” kata Ravi Mahajan, pengarah yayasan itu. 

Selain menempatkan plot perumahan, tempat perlindungan untuk lembu terbiar juga sedang dibina, katanya.

Pihak BJP menafikan penglibatan dalam isu ini. 

Menurut setiausaha BJP negeri, Rajnish Agarwal, “Pihak kami tiada kaitan dengan ini. Isu ini adalah antara penjual dan pembeli dan mereka mempunyai kepentingan ekonomi mereka sendiri”.

Sumber: NDTV

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending