Connect with us

Terkini

Muhyiddin harus terima hakikat

Pemimpin PKR menasihati Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin supaya segera “move on” selepas tidak dipilih menjadi perdana menteri ke-10.

Wartawan TMT

Published

on

Muhyiddin harus terima hakikat
Foto: Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Pemimpin PKR nasihat Muhyiddin Yassin agar segera “move on” selepas tidak dipilih menjadi perdana menteri ke-10.
  • Tindakan Muhyiddin persoalkan perlantikan Anwar Ibrahim sebagai PM akan menimbulkan kemarahan rakyat kerana tidak menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong. – Razeef Rakimin, Timbalan Ketua Penerangan PKR.
  • Beliau menyifatkan Muhyiddin seorang yang angkuh dan sombong kerana menolak titah Agong untuk bentuk kerajaan perpaduan.
  • Muhyiddin juga tidak menyebut berkenaan titah Agong berhubung penubuhan kerajaan perpaduan selepas kedua-dua pihak tidak mendapat majoriti mudah, katanya.

PETALING JAYA: Pemimpin PKR menasihati Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin supaya segera “move on” selepas tidak dipilih menjadi perdana menteri ke-10.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin berkata, Muhyiddin perlu menjadi Ahli Parlimen yang boleh menjadi semak dan imbang di Dewan Rakyat bagi memastikan aspirasi semua pihak dapat dilaksana segera.

Katanya, tindakan Muhyiddin yang mempersoalkan perlantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri akan menimbulkan kemarahan rakyat kerana tidak menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Sikap Muhyiddin yang dilihat seolah mempersoal kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dilihat sebagai tindakan yang sangat biadap dan merupakan satu penderhakaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga menyifatkan Muhyiddin sebagai seorang yang angkuh dan sombong kerana menolak titah Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Katanya, Muhyiddin juga tidak menyebut berkenaan titah Agong berhubung penubuhan sebuah kerajaan perpaduan selepas kedua-dua pihak tidak mendapat majoriti mudah.

“Saya yakin Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah meneliti kesemua pihak dan dalam usaha negara keluar dari krisis pasca pandemik.

Advertisement

“Kesatuan antara semua pihak sangat penting bagi menjamin sebuah kerajaan stabil yang boleh fokus kepada pemulihan negara,” katanya.

Terdahulu Muhyiddin bertegas beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk memimpin kerajaan.

Beliau turut menyeru Anwar membuktikan beliau disokong majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri.

Muhyiddin menambah, beliau bukannya mempertikaikan penubuhan kerajaan perpaduan tetapi pelantikan Anwar sebagai perdana menteri.

Sumber: Free Malaysia Today

Advertisement

Terkini

Umat Islam boleh hadir perayaan bukan Islam tetapi haram terlibat upacara agama – Fatwa Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid
  • Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan fatwa kerajaan negeri garis panduan umat Islam hadiri perayaan bukan Islam bermula minggu depan.
  • Masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual amalan agama tersebut.
  • “Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.” 
  • “Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain”. – Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

 

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut.

“Menurut sebilangan ulama, hukum meraikan undangan ke majlis perayaan bukan Islam adalah harus dan dibenarkan, contohnya majlis terbuka atau majlis makan malam dan seumpamanya.

“Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.

“Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar pada Khamis.

Turut hadir Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Baharin Jalal.

Advertisement

Beliau berkata, umat Islam yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Menurutnya, empat garis panduan tersebut adalah perkara, perbuatan atau perkataan yang bertentangan dengan akidah Islam; bertentangan dengan syarak; bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya serta menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

 

Sumber: Sinar Harian

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending