Connect with us

Terkini

Menjelang PRN, Selangor bukan lagi kubu selamat PH

Selangor tidak boleh lagi dianggap kubu selamat Pakatan Harapan (PH) yang bakal menyaksikan pertembungan sengit di kawasan majoriti pengundi Melayu, pada pilihan raya negeri (PRN) tahun depan, kata penganalisis.

Wartawan TMT

Published

on

Menjelang PRN, Selangor bukan lagi kubu selamat PH
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Selangor bukan lagi kubu aman bagi PH apabila berlangsungnya PRN tahun depan yang bakal menyaksikan pertembungan sengit di kawasan majoriti pengundi Melayu.
  • Ia susulan kejayaan PN pada PRU15 berjaya merampas beberapa kerusi Melayu di Kapar, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Tanjong Karang, Sabak Bernam serta Sungai Besar.
  • “Sudah pastinya keputusan PN untuk tidak bersama PH dan BN dalam membentuk kerajaan persekutuan juga akan memberi kesan dalam pola pengundian.- penganalisis.

PETALING JAYA: Selangor tidak boleh lagi dianggap kubu selamat Pakatan Harapan (PH) yang bakal menyaksikan pertembungan sengit di kawasan majoriti pengundi Melayu, pada pilihan raya negeri (PRN) tahun depan, kata penganalisis.

Mereka berpendapat ia susulan kejayaan Perikatan Nasional (PN) merampas beberapa kerusi Melayu seperti Kapar, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Tanjong Karang, selain mengekalkan kemenangan di Sabak Bernam serta Sungai Besar.

“Sudah pastinya keputusan PN untuk tidak bersama PH dan BN dalam membentuk kerajaan persekutuan juga akan memberi kesan dalam pola pengundian.

“Pengundi sudah tentu akan memilih sama ada PH atau PN terutama bagi kawasan yang mempunyai majoriti penduduk Melayu Islam dan yang jelas akan terkesan adalah Umno yang bersama PH.

“Ini akan menyaksikan pertembungan lebih sengit di Selangor,” kata Noor Nirwandy Mat Noordin kepada FMT.

Pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), enam negeri – Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan memutuskan tidak mengadakan pilihan raya serentak dengan Parlimen.

Tempoh penggal lima tahun bagi enam DUN berkenaan berakhir, pada Mei depan.

Nirwandy berkata, penerimaan penyokong kedua-dua blok Barisan Nasional (BN) dan PH susulan kerjasama di peringkat pusat juga dijangka diterjemahkan dalam pola pengundian, pada PRN Selangor tahun depan.

“Kerjasama kali pertama dalam sejarah negara antara PH dan BN menarik untuk diberi tumpuan. Sudah tentu ia akan mengubah pola pengundian pada PRN kali ini sama ada akan berlaku kecenderungan baru, sama ada orang Melayu terus berpaut kepada Umno atau memilih PAS sebagai bentuk parti Melayu Islam.

“…dan penyokong PH juga akan melihat kesannya sama ada mereka bersetuju atau mengambil langkah berkecuali atau mengubah pola pengundian (undi protes),” katanya.

Sementara itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berpandangan kerjasama PH dan BN di peringkat pusat tidak akan diteruskan pada PRN depan.

Katanya, sekiranya BN dan PH bergabung, ia membuktikan BN sudah lemah dan memerlukan sokongan PH untuk meraih undi.

“Kalau BN bergabung dengan PH nampak sangat BN menagih simpati, nampak sangat BN lebih lemah memerlukan sokongan PH walaupun mereka boleh bekerjasama di Perak dan Pahang,” katanya.

Namun, Azmi berkata, BN masih mempunyai masa membuktikan gabungan itu merupakan parti teras pengundi Melayu, walaupun PN mendapat sokongan sebahagian besar pengundi Melayu, namun masih gagal menjadi kerajaan.

“Dalam PRU lepas walaupun sebahagian besar pengundi Melayu mengundi PN, tetapi mereka masih gagal menjadi kerajaan walaupun 30% sahaja mengundi BN.

“Jadi, pada PRN nanti masih ada masa lagi untuk memujuk 20 hingga 30% pengundi PAS (mengundi BN) kerana mereka (PN) gagal jadi kerajaan, kerana bila gagal jadi kerajaan sukar untuk menjaga kepentingan orang Melayu Islam,” katanya.

Beliau berkata, penolakan besar-besaran terhadap PH atau BN juga tidak akan berlaku pada PRN itu memandangkan kerajaan pusat didominasi PH, menjadikan kerajaan negeri sealiran seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang bertambah kuat.

Sumber: FreeMalaysiaToday

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending