Connect with us

Antarabangsa

Jenama Balenciaga dikecam tampilkan iklan kanak-kanak dengan patung berunsur seks ganas

Jenama fesyen mewah Balenciaga menimbulkan kebimbangan ramai selepas melancarkan kempen pengiklanan yang menampilkan kanak-kanak memegang patung beruang berpakaian seks ganas, demikian lapor Reduxx.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jenama Balenciaga dikecam tampilkan iklan kanak-kanak dengan patung berunsur seks ganas
  • Jenama fesyen mewah Balenciaga melancarkan kempen pengiklanan yang menampilkan kanak-kanak memegang patung beruang yang berpakaian seks ganas.
  • Dalam satu foto, diambil dari halaman utama laman web Balenciaga di AS, kanak-kanak itu berdiri di atas katil merah jambu sambil memegang patung beruang yang dipakaikan baju kain jala, kolar berkunci serta pengekang buku lali dan pergelangan tangan. 
  • Gambar itu menjadi tular di laman sosial dan netizen menyifatkan Balenciaga telah melampaui batas.
  • Susulan maklum balas itu, Balenciaga memadamkan semua gambar iklan yang menampilkan kanak-kanak di laman web rasmi dan platform media sosialnya.

Jenama fesyen mewah Balenciaga menimbulkan kebimbangan ramai selepas melancarkan kempen pengiklanan yang menampilkan kanak-kanak memegang patung beruang berpakaian seks ganas, demikian lapor Reduxx.

Dua gambar kempen pengiklanan itu tular di Twitter, ia memaparkan model kanak-kanak yang sangat comel memegang patung beruang.

Namun jika diperhatikan dengan teliti, patung itu dipakaikan pakaian dan aksesori yang sinonim dengan aksi seks ganas (yang lebih dikenali dengan terma ‘BDSM’).

Dalam satu foto, diambil dari halaman utama laman web Balenciaga di AS, kanak-kanak itu berdiri di atas katil merah jambu sambil memegang patung beruang yang dipakaikan baju kain jala, kolar berkunci serta pengekang buku lali dan pergelangan tangan. 

Dalam gambar bersaiz penuh pula, patung itu kelihatan di dalam bilik tidur memakai kolar dan penutup mata.

Dalam gambar berasingan, seorang lagi model kanak-kanak dilihat berdiri di atas sofa memegang patung beruang yang dipakaikan memakai tali pinggang dan kolar kulit. 

Namun kali ini, patung ini dilihat memakai lebih banyak peralatan kulit.

Gambar-gambar itu mendapat reaksi pelbagai dari netizen. Antaranya, ada yang menyifatkan jenama Balenciaga telah melampaui batas.

Sejak maklum balas itu, jenama fesyen itu mengehadkan keupayaan pengguna untuk meninggalkan komen.

Susulan dikecam netizen, Balenciaga menurunkan gambar-gambar itu dari halaman utama laman web rasminya dan media sosial.

Gambar itu digantikan dengan gambar lain, di mana kanak-kanak itu tidak berinteraksi secara langsung dengan patung beruang itu.

Jenama mewah itu juga memadamkan semua gambar kempen yang menampilkan kanak-kanak daripada laman Instagramnya, yang kini kelihatan kosong.

Sumber: Reduxx

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *