Connect with us

Terkini

Jangan bincang pemilihan parti, menangkan BN dulu

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu berkata, soal pemilihan UMNO tidak harus dibincangkan dalam tempoh berkempen kerana tumpuan sepenuhnya adalah untuk memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

Jangan bincang pemilihan parti, menangkan BN dulu
Foto: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
  • Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata soal pemilihan UMNO tidak harus dibincangkan dalam tempoh berkempen kerana tumpuan sepenuhnya adalah untuk memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
  • Perdana Menteri berkata apa juga pangkat di dalam parti tidak bermakna sekiranya BN kalah pada pilihan raya, selain UMNO masih mempunyai masa secukupnya untuk mengadakan pemilihan.
  • “Jangan dalam pilihan raya kita bercakap tentang pemilihan parti dan akhirnya bertelagah sesama kita. Setiap pemimpin (dalam parti) ada pengikut masing-masing yang akhirnya boleh berlaku pertembungan yang merugikan,” kata Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu berkata, soal pemilihan UMNO tidak harus dibincangkan dalam tempoh berkempen kerana tumpuan sepenuhnya adalah untuk memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang merupakan Naib Presiden UMNO berkata, apa juga pangkat di dalam parti tidak bermakna sekiranya BN kalah pada pilihan raya, selain UMNO masih mempunyai masa secukupnya untuk mengadakan pemilihan.

“Jangan dalam pilihan raya kita bercakap tentang pemilihan parti dan akhirnya bertelagah sesama kita. Setiap pemimpin (dalam parti) ada pengikut masing-masing yang akhirnya boleh berlaku pertembungan yang merugikan.

“Kita tidak mahu perkara yang boleh mengganggu kerja kita untuk menang pilihan raya. Itu yang penting. Lupakan pemilihan parti, siapa yang hendak menjadi presiden, timbalan presiden, naib, majlis tertinggi dan sebagainya.

“Lepas PRU15, kita ada enam bulan untuk menentukan kepimpinan parti. Waktu itu kita boleh berbincang dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Sembang Santai di Mengkarak di sini pada Rabu.

Ismail Sabri berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang dilaporkan media sebagai percaya beliau perlu menjadi Presiden UMNO jika mahu menerajui pentadbiran negara selepas PRU15.

Selain itu, Ismail Sabri turut berkata, beliau sendiri bukan Presiden UMNO sewaktu menjadi Perdana Menteri, dan tidak pernah menggunakan ‘kuasa sebagai Perdana Menteri’ untuk mencampuri urusan parti termasuk dalam isu jawatan.

Beliau juga menafikan terdapat (pakatan) antara beliau dengan mana-mana pemimpin dalam UMNO, apabila ditanya mengenai kenyataan Khairy yang dilaporkan berkata tidak menolak kemungkinan ada pakatan antara Khairy, Ismail Sabri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam pemilihan parti akan datang.

“Tidak ada pakatan. Boleh lihat kerana saya turun di mana-mana pun tidak pernah sentuh tentang pemilihan parti.

“Malah semasa dulu, sebelum penangguhan pemilihan parti, fokus kerja saya adalah sebagai Perdana Menteri. Saya tidak gunakan kedudukan, malah apabila dicadangkan untuk penangguhan (pemilihan parti), saya yang bangun bersetuju ia ditangguhkan.

“Jika saya menjaga kepentingan sendiri, saya boleh meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menolak permohonan UMNO (berkaitan penangguhan pemilihan) supaya saya boleh bertanding melawan Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) tetapi perkara itu tidak berlaku,” katanya.

Ismail Sabri berkata, perkara itu adalah selari dengan pendirian beliau yang meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan sendiri, selain tidak mahu berlaku perpecahan dalam parti disebabkan pemilihan sebelum pilihan raya umum diadakan.

Pada Julai lepas, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, RoS telah meluluskan permohonan berkaitan pindaan Perlembangaan parti supaya pemilihan dalam parti di semua peringkat diadakan tidak lebih enam bulan selepas sesuatu pilihan raya umum diadakan. 

Sumber : Sinar Harian

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

(VIDEO) Pengharmonian undang-undang syariah-sivil, apa langkah kerajaan boleh lakukan?

Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz.
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.
  • Ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang itu akan terkesan, sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan Perlembagaan Persekutuan.
  • “…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.
  • “Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini .

KUALA LUMPUR — Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata untuk itu semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.

Shamrahayu berkata ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang berkenaan akan terkesan sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat bahawa seperti dinyatakan Yang Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan perasmian beliau sekejap tadi bahawa pengharmonian undang-undang ini ataupun pelaksanaan keadilan dalam bidang undang-undang ini bukan sesuatu yang mudah.

“Jadi antara perkara saya sering bicarakan sebelum ini pun ialah bagaimana agensi-agensi kerajaan terutamanya perlu menyatupadukan gerak kerja mereka dan meletakkan agenda yang jelas tentang pengharmonian undang-undang.

“…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.

“Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Ia susulan pembentangan pertama di Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia yang bertajuk, “Mendasari Pengharmonian Syariah-Sivil Ke Arah Pemartabatan Undang-Undang Syariah di Malaysia”, yang telah disampaikan Timbalan Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara, Ramzi Osman.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata langkah lain yang penting dilaksanakan adalah memahamkan para hakim yang bertugas di mahkamah pada peringkat Persekutuan, bukan hanya hakim mahkamah syariah.

“Satu lagi yang saya fikir tidak disebut ialah untuk memperkasakan institusi-institusi atau personnel yang menyumbang kepada pelaksanaan perundangan di mahkamah syariah terutamanya mereka yang menguatkuasakan undang-undang iaitu pengawai penguatkuasa agama dari segi penyiasatannya dan pendakwaannya. 

“Dan saya fikir jika kedua jawatan ini, penguatkuasa dan pendakwaan ini tidak diperkasakan selaras mahkamah syariah maka ia juga tidak akan mendatangkan keharmonian sepatutnya atau yang terbaiknya dalam penguatkuasaan undang-undang syariah,” katanya.

Shamrahayu berkata pelaksanaan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini penting kerana ia adalah untuk mencapai keadilan dan supaya negara ini mempunyai identiti perundangannya sendiri.

“Pengharmonian (undang-undang syariah dan sivil) bermaksud untuk kita mencari sesuatu yang sama dan adil, sekarang ini terdapat perbezaan. 

“Contohnya suatu perkara itu dijenayahkan dalam perundangan syariah, tetapi tidak dijenayahkan dalam perundangan yang diamalkan di peringkat Persekutuan… Jadi untuk mencari kebaikan dalam sesuatu undang-undang itu, maka pengharmonian ini perlu dilakukan,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending