Connect with us

Terkini

Ceramah PRU15 berbaur perkauman, bekas ahli DAP ditahan polis

Polis Pahang hari ini menahan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau bagi membantu siasatan berhubung satu ucapan berbaur perkauman dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), baru-baru ini. 

Wartawan TMT

Published

on

Ceramah PRU15 berbaur perkauman, bekas ahli DAP ditahan polis
Foto: Hew Kuan Yau
  • Bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu ucapan berbaur perkauman dalam ceramah PH pada kempen PRU15 yang lalu.
  • ‘Superman Hew’ itu ditahan di kediamannya di Puchong Jaya, Selangor dengan bantuan pasukan JSJ Bukit Aman.
  • Dia dikatakan u berucap dalam bahasa Kantonis yang didapati mempunyai unsur-unsur yang boleh menggugat ketenteraman awam.

KUALA LUMPUR: Polis Pahang hari ini menahan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau bagi membantu siasatan berhubung satu ucapan berbaur perkauman dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), baru-baru ini. 

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata Kuan Yau, 53, ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Pahang di kediamannya di Puchong Jaya, Selangor dengan bantuan pasukan JSJ Bukit Aman. 

“Pada 17 November lalu, polis Pahang menjalankan siasatan penularan video ceramah sebuah parti politik di Raub Perdana, Raub, Pahang.

“Pada ceramah itu, seorang penceramah bernama Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai ‘Superman Hew’ berucap dalam bahasa Kantonis yang didapati mempunyai unsur-unsur yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Sumber: Berita Harian

 

Advertisement

Terkini

Pemimpin UMNO perlekeh Melayu-Islam di mesyuarat MKT – Dira Abu Zahar

Kepentingan orang Melayu-Islam di Malaysia diperlekeh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri sewaktu Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang diadakan pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin UMNO perlekeh Melayu-Islam di mesyuarat MKT - Dira Abu Zahar
Foto: Datuk Khaidhirah Abu Zahar.
  • Dakwaan itu dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar menerusi hantaran di stories Instagram miliknya semalam.
  • “Masih terngiang-ngiang di telinga, jelas di mata… suara-suara pemimpin UMNO yang memperlekehkan kepentingan orang Melayu Islam di Malaysia ini dalam meeting MKT semalam”.
  • Khaidhirah turut memetik beberapa petikan ayat difahamkan daripada pemimpin UMNO yang didakwa iaitu, “Tak perlu dah jaga orang Melayu ini.” dan “All this are bullshit.

KUALA LUMPUR – Kepentingan orang Melayu-Islam di Malaysia diperlekeh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri sewaktu Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang diadakan pada Rabu.

Dakwaan itu dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar menerusi hantaran di stories Instagram miliknya semalam.

“Masih terngiang-ngiang di telinga, jelas di mata… suara-suara pemimpin UMNO yang memperlekehkan kepentingan orang Melayu Islam di Malaysia ini dalam meeting MKT semalam,” kata beliau dalam hantaran IG itu.

Tangkap layar hantaran story Instagram Dira Abu Zahar

Foto: Tangkap layar hantaran story Instagram Dira Abu Zahar

Khaidhirah turut memetik beberapa petikan ayat yang difahamkan daripada pemimpin UMNO yang didakwa iaitu, “Tak perlu dah jaga orang Melayu ini.” dan “All this are bullshit.

Difahamkan, Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dimaksudkan adalah pada 23 November 2022 yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn.

Mesyuarat itu diketuai oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berakhir dengan kata putus bahawa parti gabungan itu akan menyokong dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya BN menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

Turut hadir sama, adalah Datuk Seri Ahmad Maslan (Setiausaha Agung UMNO), Datuk Seri Mohamad Hasan (Timbalan Pengerusi BN), Datuk Bung Mokhtar Radin (Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan), dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO iaitu Isham Abdul Jalil, Datuk Jalaluddin Alias, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, serta Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad. – The Merdeka Times

Sumber: Instagram Dira Abu Zahar

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending