Connect with us

Terkini

Calon Pejuang Sungai Buloh cadang hukuman gantung untuk pesalah rasuah

Pesalah rasuah perlu dikenakan hukuman gantung, demikian cadangan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Parlimen Sungai Buloh, Mohd Akmal Mohd Yusoff.

Rasyidah Zulkifli

Published

on

Calon Pejuang Sungai Buloh cadang hukuman gantung untuk pesalah rasuah
  • Pesalah rasuah perlu dikenakan hukuman gantung, demikian cadangan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Parlimen Sungai Buloh, Mohd Akmal Mohd Yusoff.
  • Hukuman tegas itu dilaksanakan di negara lain ke atas penerima dan pemberi rasuah.
  • Isu rasuah adalah masalah yang membelenggu negara sejak sekian lama, kata Mohd Akmal.
  • Selain Mohd Akmal, enam calon lain bertanding di Parlimen Sungai Buloh ialah Khairy Jamaluddin (BN-UMNO), Datuk R. Ramanan (PH-PKR), Mohd Ghazali Md Hamin (PN-Pas), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan dua calon Bebas, Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff serta Nurhaslinda Basri.

SUNGAI BULOH – Pesalah rasuah perlu dikenakan hukuman gantung, demikian cadangan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Parlimen Sungai Buloh, Mohd Akmal Mohd Yusoff.

Katanya, hukuman tegas itu telah dilaksanakan di negara lain.

“Saya hendak berusaha untuk bergerak ke arah (pelaksanaan hukuman gantung) kepada penerima rasuah ataupun pemberi rasuah dan atau kedua-duanya, agar dihukum gantung.

“Kenapa tidak kita bergerak ke arah itu sebab ada negara yang sudah menguatkuasakan soal hukum mati mandatori untuk pemberi dan penerima rasuah. 

“Kenapa kita tidak lakukan kalau kita masih lagi bercakap soal rasuah daripada dulu kini dan selamanya,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) P.107 Sungai Buloh yang bertempat di Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Seksyen U5, Shah Alam.

Mohd Akmal antara tujuh calon PRU15 yang bertanding merebut kerusi Parlimen di kawasan bandar itu.

“Kenapa tidak kita sebagai orang baru atau orang muda yang berkecimpung dalam politik usahakan perkara ini seusaha-usahanya sehingga mencapai satu tahap yang kita boleh buat. 

“Akhirnya, nanti yang dapat untung negara dan rakyat. Saya tidak melihat perkara-perkara ini diusahakan, mungkin akan wujud kekangan dari segi perundangan dan sebagainya,” katanya.

Mohd Akmal berharap pelaksanaan hukuman gantung mandatori kepada pesalah rasuah akan dijalankan di negara ini suatu hari nanti. 

Selain Mohd Akmal, enam calon lain bertanding di Parlimen Sungai Buloh ialah Khairy Jamaluddin (BN-UMNO), Datuk R. Ramanan (PH-PKR), Mohd Ghazali Md Hamin (PN-Pas), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan dua calon Bebas, Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff serta Nurhaslinda Basri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending