Connect with us

Terkini

“Berpengalaman, Zahid lebih layak dilantik TPM berbanding Tok Mat,” – Pemerhati politik

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi perlu dilantik menjadi timbalan perdana menteri dalam Kabinet Anwar Ibrahim walaupun berdepan kes mahkamah pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Wartawan TMT

Published

on

“Berpengalaman, Zahid lebih layak dilantik TPM berbanding Tok Mat,” - Pemerhati politik
Foto: Ahmad Zahid Hamidi
  • Langkah itu boleh memuaskan hati pimpinan tertinggi Umno dan menstabilkan kerajaan diterajui PH dan BN. – Pemerhati politik, Azizi Safar 
  • “Timbalan presiden Umno tiada pengalaman dalam Kabinet persekutuan, maka tidak wajar dilantik timbalan perdana menteri. “
  • Ia berbeza dengan Zahid punyai pengalaman sebagai timbalan perdana menteri. 
  • “Rakyat tidak peduli menteri daripada parti mana, yang penting berkebolehan. Tangan Anwar Ibrahim tidak harus diikat oleh tindakan parti yang mahu pemimpin mereka disertakan dalam Kabinet.” -penganalisis politik, Jeniri Amir
  • “Selagi parti dalam kerajaan menuntut macam-macam, selagi itu kita akan ada dalam lingkungan sama, padahal kita mahukan kabinet berkelas dunia.”

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi perlu dilantik menjadi timbalan perdana menteri dalam Kabinet Anwar Ibrahim walaupun berdepan kes mahkamah pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Pemerhati politik, Azizi Safar berkata, langkah itu boleh memuaskan hati pimpinan tertinggi Umno dan menstabilkan kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) itu.

“Jika Zahid dilantik sebagai timbalan perdana menteri, tidak akan ada lagi rasa tidak puas hati dalam kalangan Majlis Kerja Tertinggi Umno kerana presiden sudah di kedudukan nombor dua dalam kerajaan,” katanya kepada MalaysiaNow. 

Jika Zahid menjadi timbalan Anwar, ini merupakan kali kedua beliau menjawat jawatan itu. 

Sebelum ini, Zahid merupakan timbalan perdana menteri kepada Najib Razak selepas Muhyiddin Yassin dipecat ekoran bersuara dalam isu 1MDB. 

Muhyiddin kemudiannya menubuhkan Bersatu bersama bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Umno dilihat mendesak agar presidennya dilantik sebagai timbalan perdana menteri atas dasar hierarki parti dan kerjasama politik. 

Ia meskipun Zahid masih berdepan 47 pertuduhan berhubung penyalahgunaan wang Yayasan Akalbudi miliknya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pelantikan ke Kabinet perlu mengikut hierarki jawatan dalam parti.

Manakala, Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata PH perlu membalas budi Zahid. 

Azizi yang juga bekas setiausaha eksekutif BN Pulau Pinang itu berkata, Anwar tidak wajar melantik orang lain seperti Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang turut disebut-sebut bakal menggalas tanggungjawab tersebut.

“Timbalan presiden Umno tiada pengalaman dalam Kabinet persekutuan, maka tidak wajar dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri,” katanya. 

Ia berbeza dengan Zahid yang mempunyai pengalaman sebagai timbalan perdana menteri. 

Sebelum ini, berlaku ketidakstabilan dalam pentadbiran kerajaan dibawah bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob kerana melangkaui hierarki Umno.

Ismail merupakan naib presiden Umno pertama dilantik sebagai perdana menteri. 

Ia mengakibatkan perpecahan dalaman antara “kluster mahkamah” yang diketuai Zahid dan “kluster Putrajaya” yang diketuai Ismail.

Beberapa pimpinan tertinggi Umno juga sering membuat kenyataan menyerang kerajaan campuran diketuai Ismail.

Zahid menggunakan pengaruh dan kuasa sebagai presiden Umno untuk memberi tekanan kepada Ismail berhubung beberapa keputusan kerajaan, antaranya pembubaran Parlimen.

Sementara itu, penganalisis politik, Jeniri Amir daripada Universiti Malaysia Sarawak berkata, sememangnya terdapat keperluan melantik Zahid sebagai orang nombor dua kerajaan kerana tanpa sokongan ahli parlimen Bagan Datuk itu, Anwar tidak akan menjadi perdana menteri ke-10.

“Beliau adalah presiden parti. Sewajarnya tempatnya dalam Kabinet sebagai TPM,” katanya kepada MalaysiaNow.

Namun katanya, Zahid perlu berbesar hati jika tidak dilantik sebagai timbalan perdana menteri. 

“Rakyat tidak peduli menteri daripada parti mana, yang penting dia mesti berkebolehan. Tangan Anwar Ibrahim tidak harus diikat oleh tindakan parti yang mahu pemimpin mereka disertakan dalam Kabinet.

“Selagi parti dalam kerajaan menuntut macam-macam, selagi itu kita akan ada dalam lingkungan yang sama, padahal kita mahukan kabinet berkelas dunia,” katanya. 

Selain Zahid, Anwar dijangka menamakan seorang lagi timbalannya daripada Gabungan Parti Sarawak sebagai mewakili wilayah Borneo. 

Sumber : Malaysia Now

 

 

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending