Connect with us

Antarabangsa

Bekas menteri rancang jadikan India negara majoriti Buddha

Bekas menteri dan penggubal undang-undang dari Parti Aam Aadmi (AAP), Rajendra Pal Gautam mendedahkan agendanya untuk menukar India menjadi negara majoriti Buddha.

Wartawan TMT

Published

on

Bekas menteri rancang jadikan India negara majoriti Buddha
Foto: Rajendra Pal Gautam,ADUN Parti Aam Admi
  • Rajendra Pal Gautam, ADUN Parti Aam Admi berhasrat menukar India menjadi negara majoriti Buddha.
  • Beliau mendedahkan perkara itu semasa ditemubual wartawan Arfa Khanum Sherwani dari The Wire pada 4 November lalu.
  • “Satu-satunya cara untuk menghalang mereka (Hindu) daripada menimbulkan ketakutan dalam hati orang, mencipta huru-hara atas nama kasta dan agama serta mengganas orang adalah menjadikan mereka minoriti,” kata Rajendra Pal Gautam.
  • Beliau mendakwa komuniti suku dan kasta bawahan akan memeluk agama Buddha secara beramai-ramai kerana ‘kekejaman’ dilakukan majoriti Hindu ke atas mereka.

Bekas menteri dan penggubal undang-undang dari Parti Aam Aadmi (AAP), Rajendra Pal Gautam mendedahkan agendanya untuk menukar India menjadi negara majoriti Buddha.

Memetik laporan OpIndia, beliau membuat kenyataan itu semasa sesi temubual wartawan Arfa Khanum Sherwani dari The Wire pada 4 November lalu.

“Orang yang ingin memerangi mereka yang terlibat dalam politik agama dan fahaman majoriti mesti tampil ke hadapan,” katanya dalam temubual itu.

Rajendra kemudian menyusuli dengan komennya tentang menjadikan India sebagai negara majoriti bukan Hindu. 

“Mereka akan kekal sebagai majoriti, hanya untuk beberapa tahun. Saya tidak meletak jawatan daripada parti tanpa sebarang matlamat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri AAP itu.

Rajendra menggambarkan masyarakat Hindu di India sebagai ‘ganas dan mendiskriminasi’.

“Satu-satunya cara untuk menghalang mereka (Hindu) daripada menimbulkan ketakutan dalam hati orang, mencipta huru-hara atas nama kasta dan agama serta mengganas orang adalah menjadikan mereka minoriti.

“Mereka (Hindu) tidak lama lagi akan menjadi minoriti, tidak akan kekal lama sebagai majoriti,” katanya.

Dia mendakwa komuniti suku dan kasta bawahan akan memeluk agama Buddha secara beramai-ramai kerana ‘kekejaman’ dilakukan majoriti Hindu ke atas mereka.

Terdahulu pada 5 Oktober lalu, dia pernah ditemui dalam satu acara di mana 10,000 penganut Hindu memeluk agama Buddha beramai-ramai. 

Acara kontroversi itu, yang dianjurkan Persatuan Buddha India, dijalankan di Jhandewalan, New Delhi.

Sumber: OpIndia

Author

Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending