Terkini
Anwar harap Malaysia jalin kerjasama rapat dengan India
Malaysia berharap dapat menjalin kerjasama rapat dan mengukuhkan hubungan dengan India memandangkan negara itu merupakan rakan kongsi penting, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Malaysia dapat jalin kerjasama rapat dan mengukuhkan hubungan dengan India memandangkan negara itu merupakan rakan kongsi penting.
- Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi yang ucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai PM ke-10.
- Perdana Menteri juga berharap dapat jalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan, perdagangan dan budaya.
KUALA LUMPUR – Malaysia berharap dapat menjalin kerjasama rapat dan mengukuhkan hubungan dengan India memandangkan negara itu merupakan rakan kongsi penting, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata demikian dalam ciapannya pada Jumaat menjawab dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi yang mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10, Khamis.
“Thank you [email protected], India is an important partner for Malaysia. I’m looking forward to working closely with you to strengthen ties and cooperation in various areas including trade investment and culture (Terima kasih [email protected], India adalah rakan kongsi penting bagi Malaysia. Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan anda untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan perdagangan dan budaya),” kata Anwar dalam ciapannya di Twitter.
Terdahulu Modi dalam ciapannya mengucapkan tahniah kepada Anwar atas pelantikannya dan menyatakan minatnya untuk meningkatkan perkongsian strategik India-Malaysia.
“Congratulations Dato’ Seri @anwaribrahim on your election as the Prime Minister of Malaysia. I look forward to working closely together to further strengthen India-Malaysia Enhanced Strategic Partnership (Tahniah Dato’ Seri @anwaribrahim atas pemilihan anda sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Sumber : Sinar Harian
Terkini
Umat Islam boleh hadir perayaan bukan Islam tetapi haram terlibat upacara agama – Fatwa Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan fatwa kerajaan negeri garis panduan umat Islam hadiri perayaan bukan Islam bermula minggu depan.
- Masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual amalan agama tersebut.
- “Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.”
- “Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain”. – Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.
JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut.
“Menurut sebilangan ulama, hukum meraikan undangan ke majlis perayaan bukan Islam adalah harus dan dibenarkan, contohnya majlis terbuka atau majlis makan malam dan seumpamanya.
“Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.
“Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar pada Khamis.
Turut hadir Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Baharin Jalal.
Beliau berkata, umat Islam yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.
Menurutnya, empat garis panduan tersebut adalah perkara, perbuatan atau perkataan yang bertentangan dengan akidah Islam; bertentangan dengan syarak; bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya serta menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.
Sumber: Sinar Harian
-
Terkini2 days ago
Pemandu mabuk: Peguam tidak setuju, nyawa dibalas nyawa
-
Terkini2 days ago
Edar sejuta al-Quran, PM dikritik mahu tunjuk lebih ‘Islam’ dari PAS
-
Terkini3 days ago
Pemandu mabuk, netizen tuntut nyawa dibayar nyawa
-
Terkini2 days ago
Kali ini Ustaz Abdullah Khairi pula dakwa ‘digam’ Forum Perdana Ehwal Islam