Connect with us

Terkini

Amanah, PH beri laluan kepada BN di Tioman

Amanah dan Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk menarik diri dan memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Wartawan TMT

Published

on

Amanah, PH beri laluan kepada BN di Tioman
Foto: Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Agung Amanah
  • Amanah dan PH tarik diri dan memberi laluan kepada calon BN bertanding pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.
  • Langkah itu diambil bagi menunjukkan kesepakatan kerajaan Pahang dan Putrajaya.
  • “Semoga dengan kerjasama ini, keutuhan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim dapat diperkuatkan demi kepentingan rakyat, agama dan negara,” kata Setiausaha Agung Amanah, Mohd Hatta Ramli.
  • PRU15 DUN Tioman ditangguhkan kepada 7 Dis susulan kematian calon PN pada hari pengundian 19 Nov lalu. 
  • Kerusi Parlimen Tioman bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, PH, Pejuang dan bebas.

PETALING JAYA: Amanah dan Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk menarik diri dan memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Setiausaha Agung Amanah, Mohd Hatta Ramli, berkata langkah itu diambil sebagai menunjukkan kesepakatan kerajaan Pahang dan Putrajaya.

“Amanah memandang pilihan raya negeri bahagian N.42 Tioman sebagai satu pertembungan kerajaan baharu Pahang dengan kelompok ekstremisme kaum dan agama yang perlu ditangani secara serius.

“Atas semangat itu, Amanah melihat keperluan untuk mewujudkan perpaduan erat komponen kerajaan negeri dalam menentang calon Perikatan Nasional.

“Oleh yang demikian, Amanah yang juga sebahagian daripada PH mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada calon BN sebagai tanda kesepakatan kerajaan perpaduan di peringkat negeri dan nasional,” katanya dalam kenyataan.

Hatta berkata, bagi memenangkan calon BN mewakili kerajaan perpaduan jentera pilihan raya PH akan bergerak bersama dalam setiap kempen.

“Semoga dengan kerjasama ini, keutuhan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim dapat diperkuatkan demi kepentingan rakyat, agama dan negara,” katanya.

PRU15 DUN Tioman ditangguhkan pada 7 Dis ini susulan kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 Nov lalu, dipercayai akibat serangan jantung.

Kerusi Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, PH, Pejuang dan bebas.

Calon wanita tunggal Nor Idayu Hashim yang mewakili PN dicabar calon BN Mohd Johari Hussain yang juga penyandang kerusi itu, selain Osman A Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (ebas).

Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan mengandungi 28,465 pemilih terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis dan tiga pengundi tidak hadir luar negara.

Sumber: FreeMalaysiaToday

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending