Connect with us

Antarabangsa

Aktivis pro-transgender rampas, koyak dan kunyah kitab Injil lelaki Kristian

Penunjuk perasaan menyerang seorang lelaki Kristian yang sedang membaca petikan kitab Injil, merampas dan mengoyakkan kitab itu, manakala seorang lagi mengunyah helaian muka surat dikoyakkan itu, demikian lapor Fox News.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Protes di Universiti Wisconsin–Madison
  • Seorang lelaki Kristian diserang ketika membaca kitab Injil di Universiti Wisconsin–Madison ketika tayangan dokumentari “What is a Woman?” oleh pengulas konservatif, Matt Walsh.
  • Penunjuk perasaan merampas, mengoyak dan mengunyah helaian kitab Injil itu.
  • Penunjuk perasaan membantah dokumentari Matt Walsh yang menjelaskan kewanitaan adalah ditentukan biologi seseorang individu.

 

Penunjuk perasaan menyerang seorang lelaki Kristian yang sedang membaca petikan kitab Injil, merampas dan mengoyakkan kitab itu, manakala seorang lagi mengunyah helaian muka surat dikoyakkan itu, demikian lapor Fox News.

Dalam video disiarkan Young America’s Foundation (YAF) awal minggu ini, seorang lelaki membaca petikan kitab Injil menggunakan pembesar suara di Universiti Wisconsin–Madison ketika tayangan dokumentari “What is a Woman?” oleh pengulas konservatif, Matt Walsh.

Salah seorang penunjuk perasaan dilihat memukul tin berdekatan muka lelaki Kristian itu, manakala seorang lagi membunyikan siren di sebelahnya.

“Cubaan pihak berhaluan kiri untuk mendiamkan seorang pelajar yang membaca kitab Injil menunjukkan penghinaan mereka terhadap nilai-nilai Judeo-Kristian di mana Amerika diasaskan,” demikian kenyataan Nick Baker selaku jurucakap YAF, kepada Fox News Digital.

Dalam video lain disiarkan YAF, penunjuk perasaan dilihat mengoyakkan kitab Injil selepas merampasnya daripada lelaki itu dan seorang lagi dilihat mengunyah muka surat yang dikoyakkan itu.

“Kami melihat kelakuan gila seperti ini di kampus kolej di seluruh negara dan sudah tiba masanya untuk meminta pelajar ini bertanggungjawab,” kata Pegawai Program Media Digital YAF, MJ Alfonso.

“Nah, anda boleh berada di pihak yang memakan kitab Injil dan mengembiri kanak-kanak atau anda boleh berada di mana-mana pihak kecuali yang tadi,” kata Walsh di Twitter bersama video itu dengan ciapan berbunyi, “Pilihan anda, Amerika”.

Tayangan dokumenatari Walsh tetap berjalan seperti dijadualkan walaupun penunjuk perasaan di luar membantah dokumentari itu yang menjelaskan kewanitaan adalah ditentukan biologi seseorang individu itu.

 

Sumber: Fox News

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending